31 Tips Macam Mana Nak Tidur Malam Bagi Pesakit Gastrik, Gerd & Anxiety

to travel is to live

Bila terkena gastrik, kebiasaanya akan terkena anxiety menyebabkan jiwa akan gelisah, nak tidur malam pun susah asyik duk fikir sampai pagi, malah yang lebih teruk menyebabkan rasa ketakutan walaupun dalam keadaan yang selamat.



Apabila soalan yang diajukan macam mana nak tidur malam jika terkena penyakit ini, tiada jawapan yang tepat dapat diberikan kerana ianya bergantung keatas individu tersebut. Jadi, bagi menjawab persoalan itu, saya mengambil beberapa komen yang dapat memberikan beberapa tips macam pengalaman mereka untuk tidur malam bila tidak dapat tidur.

Dibawah merupakan beberapa tips daripada komuniti gastrik

Tips 1:
Amalan saya sebelum tidur baca al fatihah sekali, baca 3 kul dan baca doa tidur, hembus pada tangan dan usap seluruh badan hingga ke kaki. alhamdulillah lena tidur -Amirul Saurus

Tips 2:
Saya elak makan berat, dan kurangkan minum air 2 jam sebelum tidur. Pastu amalkan ACV drink.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, mudah tidur dengan nyenyak.. - Mimie Suhana

Tips 3:
saya siang memang tak tidur, kumpul semua penat tu baru malam tidur. Kadang-kadang terlelap sendiri sebab penat sangat - Tariq Mat Noh

Tips 4:
Jogging pagi hari, pantang makan, mudah tidur malam - Syed Saufi

Tips 5:
Alhamdulillah, saya memang tak ada masalah nak tidur malam. Dulu masa mula-mula kena lepas Isyak memang dah mengantuk sangat nak tidur. Sampai fikir dah macam tak ada tenaga. Lepas pantang ketat Alhamdulillah OK sudah. Dan saya memang tak tidur siang hari. - Zainal Abidin Abdul Rahman

Tips 6:
Memang susah nak tidur masa saya teruk sakit. Bayangkan nak makan tak boleh, nak tidur tak boleh, asyik terfikir bukan-bukan. Badan tak selesa, ingat macam nak mati je. Memang kena sabar untuk jaga makan, makan ubat dan kekal positif, zikir-zikir banyak e.g, zikir nabi yunus, menangislah minta keampunan kemudahan dan kesembuhan dari Dia, insyaAllah dipermudahkan. Saya dulu zikir smpai tidur, kalau tersentak dan terjaga, zikir lagi sampai tidur, selepas seminggu dua dah ok, tapi sekarang saya kena tidur awal automatic and bangun pun awal sekitar pukul 4-5 terus segar, even masa cuti.. - Budy David J

Tips 7:
Tips saya dengar radio je, dengar lagu...lama kelamaan lena lah, hoho - Iszmit

Tips 8: Mai Mynie
saya dulu cuba biasakan tidur awal, lepas tu terbangun awal, memula rasa mengantuk. Tapi cuba isi dengan sesuatu yang berfaedah, di situ lah saya temui sedikit ketenangan. Lama-lama terbiasa tidur awal dan bangun awal..🙂

Tips 9: Zuryanty Mohd Noor
Saya pun ngadap masalah ni jugak masa mula2 sakit..
Apa yang saya amalkan, saya zikir ringkas sepanjang masa nak tidur. Tak putus-putus sampai terlelap. pastu kadang baru 10-20minit dah terjaga sambung lagi zikir, asal terjaga zikir, ini yang saya buat. Tapi masa tu tak tau lagi sebenarnya cara nak elak reflux masa tidur adalah tinggikan bantal. Jadi saya susun bantal kecil-kecil sampai macam posisi nak duduk, macam tu lah saya tidur. Pantang makan, jaga perut supaya tak buat hal malam-malam bagi tidur kita lena. Minum segelas acv atau lemon suam sebelum tidur zikir sekejap terus lelap.. alhamdulillah tidur dah back to normal.

Tips 10: Zuryanty Mohd Noor
Sapu minyak panas kat tapak kaki, pakai stokin, pakai selimut, sapu minyak angin yang best-best kat badan, pasti dapat tidur lena. Waktu yang bagus saranan sifu pukul 10malam - 3pagi.. cuba lah try.. pasti dapat deep sleep yang nikmat.. ZZZZzzzz

Tips 11: Zuraidah Abdultalib
Saya pernah alaminya..tak dapat tidur 2 minggu rasanya. Saya keluar tidur kat kereta..tidur kat jalan. haha. Lepas tak jalan semua tu. sebenarnya kita kan banyak baca al-quran, sembahyang tahajjud, minta doa banyak-banyak kat Allah. Saya ada beli stokin berubat, pakai tepek kat kaki, makan vitamin. Lama boleh tidur semua. Banyak juga la buat, mengurut..macam-macam..insyaallah nanti awak boleh tidur semula..buat senaman minda, hilang stress cari kat youtube..

Tips 12: Zuraidah Abdultalib
Awak kena tenangkn minda..kosongkn fikiran..tengok pemandangan luas-luas..pagi-pagi mengadap matahari, sambil tagan mengdepa dan sedup udara segar. Saya faham apa yang awak alami..sebab saya pun pernah macam tu, sampai tengah malam tidur kat jalan..berdoa baca quran tu dah semestinya..

Tips 13: Zuraidah Abdultalib
Ambil pil kalsium, vitamin B kompleks atau pelekat toksin kaki. Cuba la kot-kot boleh tidur

Tips 14: Icha Ulfa
Saya sebelum tidur makan acv dan madu. lepastu baca alfatihah, 3 qul dan doa tidur. Bantal tinggikan macam yang kak nor ajar. alhamdulillah lena tidur sampai ke pagi sampai susah nak bangun..😂😂😂

Tips 15: Hamidi Hamid
sy bace ayat kursi..mengucap dua kalimah syahadat..selawat..layan fone kejap smbil baring..kejap je mate mula layu..kul 11 paling lewat tido..tp pg kul 5.30 terjage mmg xleh tido da..trus solat subuh..

Tips 16: Lora Saleh
Saya mula-mula dulu memang tak boleh tidur langsung. Selalu call Kak Haida...siang saya tak tidur langsung. Jadi sekarang ni saya akan suruh anak urut badan sebelum masuk tidur, pakai stokin, udara dalam bilik suam-suam kuku je, baju lengan panjang, sembur wangian lavender, baca doa dan zikir, pasang rukyah manzil, minum acv dan vitamin c dan terussss tidur...
alhamdulillah...satu lagi bantal tinggikan...

Tips 17: Zaida Zamli
Saya dulu setiap kali nak tidur, husband kena dodoikan sampai saya tertidur. Selama 2-3 tahun macam tu...haha. Dodoikan tu bukan macam mana, dia kena bacakan ayat-ayat ruqyah kat dada saya, mp3 memang sentiasa on sampai bangun tidur. Husband download ayat quran kat dalam tu, sekarang alhamdullillah lepas pantang senang nak tidur, husband pun tak payah dodoi dodoi lagi. Saya zikir sendiri sampai tertido...sekarang senang tidur, senang bangun pukul 4 pagi mesti terjaga. Bagun dan solat, masak makanan pantang. Lepastu pergi kerja...alhamdullillah syukur kepada Allah bagi nikmat ni..

Tips 18: Zaida Zamli
Sebelum tidur..saya akan sapukan minyak angin kat tapak kaki, perut dan pakai stokin. Nyaman macam bayi. Pakai pula minyak yuyi cap limau...haha

Tips 19: Ariana Rina
Saya dah cuba buat semua diatas tapi masalah tidur masih tak boleh nak handle. Lagi-lagi tengah preggy ni dugaan hanya Allah je tau. Kepala sampai rasa kebas sebelah kiri ni bila tak dapat tidur. Dah berhari-hari juga begini, mulut kumat kamit membaca ayat 3 qul, ayat qursi, kalimah syahadah, al fatehah..tapi bila baca otak menjadi-jadi serabutnya. berubat dah banyak tempat tapi kata tak ada apa-apa gangguan, gangguan dari fikiran sendiri rasanya, kena sentiasa positif.

Tips 20: Liza Has
Saya pun hadap masalah ni dulu tak boleh tidur, kemudian mimpi ya Allah macam-macam. Ubatnya positifkan diri, redha setiap penyakit ada penawarnya, zikir dan baca 3 qul, fatihah ayat kursi, tenangkan diri sebelum tidur.

Tips 21: Ik Abd Rahman
Tak boleh tidur malam kalau tak disebabkan insomnia. Disebabkan badan kita terlampau pressure, aliran darah kita saraf kita bekerja sekali ganda, badan tak mampu release tekanan akibat center nervous kita terganggu. Anxiety dan stress salah satu sebab kenapa kita sukar tidur. Saya pernah lalui macam sahabat senasib yang lain. Jadi saya mulakan pengambilan magnesium dan vitamin b. alhamdulillah lama-lama masalah ni reda....dua-dua suppliment ni sangat-sangat membantu saya dalam mengatasi stress dan anxiety. Cara rohani saya kawal juga...

Tips 22: Hafizal Sohaini
Saya dengar musik, cuba cari kat youtube, relaxing music or music for sleep. Just play music tu, dan try selami music tu. آلْحٓمدُِلِله saya boleh, tapi bersyarat juga..pastikan makan sebelum pukul 6petang dan tidur pukul 10 malam dan masa pilih lagu kat youtube tu, pilih la yang 30 minit punya. kalau tak abis kuota, tapi yang ada streamyx kat rumah tu tak apa la. .boleh cuba teknik ni..berkesan dekat saya.

Tips 23: Farizaishak Fariza
Pengalaman saya pula....sebelum tidur pastikan jangan banyak berfikir dan elakkan stress. Itulah yang doktor PSY bagi tahu saya, selain dari berzikir....

Tips 24: Muzem Yunus
Masa mula-mula saya kena dulu bulan Jun 2016, nak dekat 2 bulan susah tidur malam sebab trauma kena serangan dada jam 2 pagi tu masih ada.. Duduk fikir mati dalam tidur. Lepas tu, cuba minum air masak suam seliter botol tupperware tu tiap kali 1 jam sebelum tidur. Kosongkan minda, bantal memang buat tinggi macam kat spital tu, then peluk isteri kuat2 😛

Tips 25: Tuan Wan Shah
Sebenarnya dari pemakanan kita. Saya dah nak masuk 2 bulan pantang alhamdulillah ada perubahan, sikit demi sikit. Tidur pun dah nyenyak, yang paling penting kita kena banyak sabar dan sentiasa bersyukur, sebab orang bersyukur ni Allah tambah lagi nikmat dalam hidup dia...
Mungkin sebelum ni kita lalai atau lupa pada Allah, jd kita ubah dengan zikir, solat hajat, tahjud, sedekah atau apa saja yang boleh memberi kebaikan pada kita, ini pengalaman saya...
Saya doakan kawan-kawan semua cepat sembuh aminnn...

Tips 26: Noorhidayah Mohamad
Saya selalu amalkan doakan susah tidur, anda boleh amalkan doa susah tidur dalam gambar kat bawah ni.
Doa Susah Nak Tidur

Tips 27: Wafi Abd Rahim
Makan lambat memang susah tidur malam, tambah pula makan-makanan terlarang (tak sesuai untuk gastrik) lagi susah nak tidur.

Tips 28: Kelulut Ad-Dawa
Cara saya berzikir. Alhamdulillah sedar-sedar dah subuh

Tips 29: Khuzaini Zaza
Saya amalkan, makan sebelum pukul 8 malam. Lupakan semua problem atau masalah, lupakannn jangan fikir apa-apa kosongkan minda, minum air suam madu lemon sebelum tidur, pakai minyak, stokin dan sambil dengar ruqiah. InsyaAllah lena sampai subuh.

Tips 30: Rozuan Ismail
Dulu susah nak tidur malam, puncanya anxiety. Sebab terlalu berfikir kalau lelap mata, agak-agak esok bangun lagi ke tak. Memikirkan tentang mati sampai ganggu kerja seharian. Dulu tak kerja jadi banyak masa untuk otak diganggu. Sekarang ambil pilihan untuk sibukkan diri. Jadi balik kerja penat. Memang automatik akan terlelap. Last sekali, kunci dia adalah redha. Redha dekat sini maksudnya tanam dalam hati, mati itu kerja Allah. Kita manusia tugas kita jadi hamba dia yang baik. Sibukkan diri dengan buat amal dari sibuk fikir nak mati. Sakit tak semestinya mati awal. Sihat tak semestinya mati lambat. Syarat untuk mati adalah hidup. Tak ada pula syarat untuk mati mesti sakit. Jadi keep fighting uols. Lawan emosi dalam masa sama jaga pantang makan ok.

Mohd Imran Mohd Noor
Dari pengalaman saya...Dari start kena sakit ni nak tidur malam memang susah sikit, 5-6 bulan juga..Tu tak pantang ketat sangat la. Lagi kalau terjaga memang tercungap-cungap, tapi lama kelamaan letak je kepala dah berdengkor. huhu. Sebelum tidur, surah Qursi dan 3 Qul. Cakap dalam hati, sakit ke, apa ke, redha je, kalau nak mati, mati la. Minta mati dalam iman. Hehe. Sebenarnya kita terlalu takut.. Kn,kn?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *