Petua Tradisional Untuk Hilangkan Gastrik

to travel is to live

Gastrik terbahagi kepada 3 jenis, antaranya gastrik gerd, iaitu gastrik akibat daripada asid perut kurang, gastrik anxiety, iaitu gastrik yang resah gelisah akibat kesan daripada gastrik, dan gastrik biasa disebabkan oleh asid perut yang tinggi. 

Dalam perkongsian artikal kali ini, adalah cara untuk hilangkan gastrik jenis ketiga ini disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali



4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda akibat asid berlebihan, termasuk:

1) Pisang

Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.

Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik...

Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik...

Pisang Bintik Hitam/Masak Boleh Hilangkan Gastrik Asid Perut



2) Susu sejuk

Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut

Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.

Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik...

Petua tradisional hilangkan gastrik dengan susu sejuk



3) Bunga cengkih

Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.

Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut

Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan...

Bunga cengkih mampu hilangkan gastrik dengan cara petua tradisional



4) Halia

Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik..

Menhilangkan gastrik dengan petua tradisional halia


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *