Kepala pening, pitam atau pusing memberitahu bahawa tubuh anda kurang sihat dan mempunyai masalah. Bagi untuk gastrik gerd dan anxiety, kepala pening, pitam, dan pusing ini memang akan berlaku kerana kekurangan zat makanan, gizi, zat, vitamin, protein dan sebagainya yang diperlukan oleh tubuh badan tidak dapat diserap dengan baik.
Akibat daripada punca ini, nutrisi yang diperlukan tubuh tidak dapat diserap dengan baik, menyebabkan tubuh anda kekurangan nutrisi yang diperlukan seharian. Sebab itulah, ramai yang terkena penyakit ini akan berlaku penurunan berat badan.
Biasanya, kalau masalah penghadaman makanan tidak berlaku sempurna adalah disebabkan gerd. Iaitu kekurangan asid perut atau dalam istilah perubatan dipanggil sebagai hypochlorhydria iaitu low stomac acid. Berbagai punca dan faktor yang menyebabkan asid perut rendah, anda boleh baca disini lebih lanjut 4 punca mengapa asid perut rendah
Baca 👉 4 punca mengapa asid perut rendah
Apabila asid perut anda rendah (bacaan asid 4ph keatas), pelbagai masalah lain muncul, antaranya berlakunya gerd, iaitu saluran esofagus anda tidak dapat mengesan asid untuk menutup saluran esofagus dengan baik, menyebabkan makanan yang anda makan akan naik balik dari perut ke saluran esofagus menyebabkan anda akan rasa sakit dada seperti terbakar.
Selain itu, asid rendah juga boleh menyebabkan bateria jahat membiak dengan banyaknya, kerana asid yang rendah tidak dapat membunuh bakteria jahat dan bakteria jahat ini akan meneturalkan lagi bacaan asid dalam perut anda, menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat berlaku dengan sempurna.
Apabila tidak berlaku sempurna sistem penghadaman, akan menyebabkan banyak gas-gas lain yang keluar dari perut ke saluran esofagus, menyebabkan anda kerap muntah, sendawa dan sebagainya yang boleh menyebabkan ketidak selesaan pada bahagian tengkuk.
Paling membimbangkan, sistem penghadam yang tidak berlaku sempurna, menyebabkan penyerapan nutrisi kat perut tidak berlaku, dan secara tidak langsung badan anda akan kukurangan nutrisi makanan dan boleh menyebabkan masalah-masalah lain berlaku, seperti pitam, pening, badan lemah, dan anxiety.