Panduan Pemakanan Lengkap Untuk Pesakit Gastrik

to travel is to live

Apabila terkena gastrik, satu nikmat yang Allah tarik dalam kehidupan kita iaitu nikmat makan. banyak pantang larang makan yang mesti anda patuhi untuk nak sembuh cepat gastrik.

Oleh itu, dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua panduan makanan untuk pesakit gastrik. Panduan ini dikongsi oleh Norhaidah Mohd Rais melalui diskusi kumpulan facebook ditulis kembali dan diolah oleh admin.

Panduan Makanan Untuk Pesakit Gastrik


Panduan Untuk Yang Nak Makan Bubur.

Sarapan:  bubur ikan/ ayam/ sawi/ kailan/ karot

Makan pagi: epal/ kurma/ badam/ kismis

Tengahari :  bubur ikan/ayam /sawi/kailan/karot

Minum petang: epal/ kurma/badam/kismis

Makan malam: bubur ikan/ayam/sawi/kailan/karot

Minuman:  air suam/ lemon suam/ lemon madu suam

Masa masak bubur jangan kerap di kacau dan plan untuk makan pagi ke tengahari sahaja. Malam masak lain. 

Amalkan untuk seminggu dua atau sehingga perut rasa ok sikit.. lepas tu boleh teruskan dengan diet di bawah. Selamat berjuang guys.


Cadangan Pemakanan Untuk Pesakit Gerd/ Gastrik (Amended)

8am -  nasi dan lauk gerd friendly/ telur rebus 2 biji

10 am - epal hijau/ merah 1 biji atau pear 1 biji

12.30 pm- nasi + ayam stir fried/ sup atau ikan + sayur (kailan atau sawi) dan air suam

3 pm- epal merah/ hijau atau pear 1 biji, kadang-kadang kunyah kacang badam

7-8pm- nasi + ayam stir fried/ steam/ sup/ bakar atas kuali/ atau ikan stim, rebus + sayur (kailan goreng/sawi sup) + air suam


steam ayam/ ikan- ayam (dada), bawang putih, bawang merah, carrot, lemon

ayam bakar atas kuali leper - sedikit minyak zaitun

stir fried- ayam di potong kecil kecil, tumis bawang putih, bawang besar, campur karot

sup-ayam di potong kecil, bawang merah, bawang putih, carrot.

menu ni straight untuk 3 bulan sebelum bebetul baik

mungkin ada inginkan menu yang berlainan

suplement- amalkan duomix sekali sehari

dan yang paling penting saya dealt with the root of my anxiety (bukan dengan ubat) once and for all - penyebab jantung laju, memikirkan soal mati dan resah gelisah yang tidak diketahui dari mana puncanya.

and no complaints what so ever ya through the process.

kita memang susah nak tolak kesemua angin yang ada dalam makanan yang diambil tapi sekurang-kurangnya cuba kurangkan paling minimum. selain dari itu pergi urut ini sahaja cara yang cepat untuk buang angin.

Saya tak nampak di mana kurang nya zat yg anda makan di sini. bezanya cuma tidak mengambil makanan minuman bergula, yg kaya lemak spt deep fried atau bersantan n sejuk dan penyumbang angin dalam badan. setakat hendak merasa makanan pedas cubalah bersabar dulu. bila dah sembuh makan la apa yg ada suka tp dengan kadar yg minimum. jgn seksa perut anda lagi. pantang makan bukan bermaksud anda tak makan lansung.anda masih mengambil kabohidrat, protein, serat, lemak dan sebagainya. sila betulkan persepsi itu.

perubahan dapat saya rasa selepas 2 minggu saya amalkan cara pemakanan ni. sila jangan tanya jenis jenis makanan lain seperti buah buahan lain, biskut, kuih , kek, ais krim, susu, kordial, jeruk dan sebagainya sbb saya mmg lansung tak sentuh. saya hanya makan makanan yg saya nyatakan di atas sepanjang 3 bulan tu.

punca masalah saya? ketakutan melampau yg mengakibatkan anxiety seterusnya menganggu kesihatan fizikal saya.

saya dah melalui kebanyakan simptom yg ada semua rasai disini dan saya faham bagaimana seksanya.

untuk sembuh, anda memerlukan kombinasi pelbagai perkara. bukan dr segi pemakanan sahaja. tepuk dada tanya perut anda. sekian.

Tukar amalan seharian- 

  • tidur awal (11 pm)
  • tinggikan bantal semasa tidur ( untuk elak asid reflux) saya tidur almost mcm duduk tp dengan bantal yg banyak.
  • jgn tidur sekurang kurangnya 2 jam selepas mengambil makanan berat.
  • bagi yang islam, rajin-rajinla bangun bertahajud, berzikir, membaca Al Quran serta doa dan saya totally cured. no more anxiety or masalah perut. Alhamdulillah.

Cara pengambilan madu Untuk Gastrik/Gerd/Anxiety:

2 kali sehari

1 sudu teh

pagi dan petang

perut kosong

tanpa air

kemam dan telan. pastikan bercampur air liur sebelum telan.

Cara Pengambilan Apple cider vinegar/cuka epal Untuk Gastrik/Gerd/Anxiety

  • 1 atau 2 sudu (kalau tak berani ambik beberapa titik dulu)
  • Segelas air suam
  • Minum sekali sebelum sarapan
  • Minum bila-bila perlu semasa dada rasa tak selesa atau angin sangkut.

Vitamin C/ multivitamin Untuk Gastrik/Gerd/Anxiety

  • Bila-bila masa suka selepas makan. (Sehari sekali untuk 1000mg) kalau ada kalsium jangan ambil lepas makan. Ambil masa nak tidur akan rasa nyaman.

Minuman Susu Probiotik Untuk Gastrik/Gerd/Anxiety

  • Minum sekali sehari sebelum sarapan
  • Bancuh dengan air sejuk, kerana duomix mengandungi bahan hidup yang membantu merawat perut semulajadi
  • Amalkan setiap hari, sehingga 3 kotak, perut akan lebih selesa dan nyaman

Lemon Untuk Gastrik/Gerd/Anxiety

  • Sebelum makan. nak campur acv sekali pun ok. Potong beberpa hiris dan rendam dalam air panas. Dah suam baru minum.

Minyak Angin Melegakan Gastrik/Gerd/Anxiety

  • Minyak angin ni memang berkesan untuk buang angin dalam badan dan melegakan anxiety segera. Saya sendiri pun guna sangat mujarab anda boleh baca review dalam shopee semua feedback yang positif 👉 Feedback Dalam Shopee

P/s perlu di iringi pantang yang ketat ya. Kalau belasah makan tak yah la membazir membeli suplement ni semua.


Mesti Pilih Sayuran Sebab Boleh Kena Angin Gastrik

Kenapa sesetengah sayuran tidak boleh atau terpaksa dikurangkan pengambilannya untuk pesakit gerd walaupun kita tau ia tinggi alkali dah amat berkhasiat? Kita ambil contoh brokoli. Brokoli merupakan jenis sayuran yang tinggi alkali. Masalahnya makanan alkali tidak berupaya untuk mempengaruhi pembukaan atau penutupan les. 

Brokoli merupakan  salah satu jenis sayuran yang kaya sulfur (sulfur-rich vege). Sayuran jenis ini bila dimakan akan menyebabkan penghasilan gas di dalam perut dan seperti kita semua tahu antara masalah terbesar pengidap gerd adalah masalah angin. Tepuk dada tanya perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *