Pedih Ulu Hati Punca Gastrik?

to travel is to live

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua bertemu lagi dalam blog ubat gastrik duomix.

Ramai yang duk buat carian di google mengenai Pedih Ulu Hati Punca Gastrik

Dalam posting pada kali ini, kami akan berkongsi dengan anda apa itu pedih ulu hati dan apa kaitan dengan gastrik? Kami berharap anda akan faham sejelasnya mengenai pedih ulu hati dan gastrik.

Menurut portal myhealth.gov.my yang ditulis oleh Dr. A. Khalek Abd. Rahman, pedih ulu hati ini disebabkan oleh asid perut membuat ganguan pada bahagian bawah esofagus. Hal ini terjadi kerana lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup, apabila tidak tertutup menyebabkan asid perut membuat ganguan disitu menyebabkan anda rasa sakit dada seperti terbakar.

Ish bahaya kan? Kenapa bila asid perut tu, ada kat perut kita tak rasa, pedih atau sakit? sebabnya kat perut kita ada lapiasan penebat bahan kimia yang membenarkan asid perut memproses dan menghancurkan makanan dalam perut kita. Sebab itulah bila asid perut ni terkena pada bahagian esofagus yang tidak tertutup, kita akan rasa sakit dada seperti terbakar.

sumber: Harian Metro

Apa Beza Pedih Ulu Hati Dengan Gastrik?


Sakit Ulu Hati dan Gastrik sangat berbeza, sakit ulu hati terjadi bila esofagus kita tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tidak tertutup, dan asid perut membuat ganguan di asofagus kita. Esofagus kita tidak ada perlindungan atau penebat untuk asid, bila terkena asid perut maka terjadilah pedih ulu hati. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Gastrik ni pula terjadi berpunca bila kita tak makan. Apabila tiada makanan dalam perut, asid perut ni akan menghakis penebat asid dalam perut sikit demi sedikit sehingga perut kita melemah. Dan terjadilah ulser perut dan akan rasa pedih bila asid perut menghakis.

Bahaya Tak Pedih Ulu Hati Atau Gastrik Ni Dan Apa Komplikasinya?

Sangat bahaya jika tidak dirawat dan dicegah secepat mungkin, menurut Dr. A. Khalek Abd. Rahman jika teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser.

Pembedahan mungkin diperlukan jika komplikasi pedih ulu hati dan gastrik semakin teruk.

Bagaimana Cara Rawatan Pedih Ulu Hati Dan Gastrik?

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan cara terbaik untuk rawatan penyakit jenis ini. Anda perlu menukar tabiat pemakanan anda, seperti berhenti merokok, makan makanan yang khasiat, dan jaga pemakanan jangan makan berlebihan. Bila terkena penyakit ini, anda perlu kurangkan atau jangan makan langsung makanan berminyak, pedas, makanan berat seperti daging yang menyebabkan perut anda berkerja dengan lebih kuat, minuman bergas, arak dan seumpamanya. Semua jenis permakanan ini mesti berhenti dahulu sehingga sembuh kembali.

Menurut portal myhealth.gov.my, ubat-ubatan saranan doktor juga membantu, tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu.

Anda juga boleh dapatkan makanan tambahan luar untuk membantu anda sihat daripada pedih ulu hati dan gastrik secara alami dengan mengamalkan sprirulina, probiotik & prebiotik serta yogurt. Ketiga makanan ini, mampu memulihkan anda daripada gastrik sehingga stage 2.

Jika anda susah untuk mendapatkan makanan tambahan ini, anda boleh dapatkan duomix keluaran daripada farmasi imedikel sdn bhd. Boleh lihat detail disini tentang duomix ini. 👉 Detail Duomix




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *