Lepas Cucuk Ubat Gastrik Akan Rasa Rimas Ke?

SHARE:

selepas kena cucuk ubat gastrik memang kita akan terkena anxiety rasa gelisah, cemas, fikir bukan-bukan. Jom baca pengalaman selepas kena cucuk.


Ada tak dekat sini lepas cucuk ubat gastrik akan rasa rimas, macam panas mungkin angin tengah lawan kot, rasa macam nak lari pun ada, Saya masuk wad sebab gastrik gerd dengan anxity dan buang ketulan di payudara. Rasa tak kuat nak layan ubat gastrik campur dengan ubat bius ni😭. Ada tak cara nak bagi hilang cepat rasa ni? Nak jalan kena pinpin dah...




Posting ini saya ambil daripada facebook friend list saya. nama dirahsiakan atas sebab tertentu. Saya share balik disini adalah untuk berkongsi dengan anda semua, tips nak bagi hilang rasa cemas selepas kena cucuk. Saya pun tak pasti nak bagi tips macam mana, jadi saya ambil mereka yang pernah merasainya berkongsi pengalamannya.


Komen 1
Ye betul sy dulu kena cucuk terus anxiety datang 1001 rasa. Tak tahu la apa yang dalam ubat cucuk tu. Ubat ni sangat kuat rasa macam nak mati, nak gila pun ada seram ingat balik adoi. macam nak gila.


Komen 2
Dulu ingatkan saya je rasa mcm tuh..Saya rasa gelisah..tak tahu nak ape..kadang-kadang rasa macam nk gila camtu lepas cucuk tuh. Macam-macam fikir, lepas kejadian tu taubat tak mau cucuk dah, seram.


Komen 3
Lepas kena cucuk, rasa macam nak lari-lari je, tak boleh duduk sorang di hospital, jd takut


Komen 4
Saya memang rela makan ubat mmt tu jew dari cucuk..2 kali juga kena cucuk. Rasa macam lemah tutu ade semua lar. huhu


Komen 5
Ingat balik lepas cucuk tu tiba-tiba rasa rimas semacam rasa nak gila pun ada rasa nak berlari ya Allah takutnya ingat balik. Saya ingat saya nak gila masa tu. Alhamdulillah esok terus ok hahahah


Komen 6
Saya juga rasa rimas, kalau lepas cucuk ubat gastrik dalam 15min macam tu dia datang berpusing-pusing pastu berpeluh-peluh. Rasa panas macam terbakar. Allahu rasa lagi baik tahan sakit dari cucuk ubat.


Komen 7
Saya pernah juga.. Operation buang ketulan macam awak.. Lepas tu kan gastrik.. Doktor cucuk makin sakit.. Pusing.. Mengigil-gigil.. Doktor bagi ubat tahan sakit pun tak jalan.. Tidur terus saya.. Sampai dah discaj tu, minum air pun muntah. Masa tu tak tahu lagi gastrik dan gerd sampai macam tu teruk.


Komen 8
Saya sis, lepas cucuk rasa macam nak gelak nak nangis nak menjerit..


Komen 9
Saya pernah kena cucuk ranitidine dl. Rasa berdebar, pening, sesak nafas, dah cucuk baru nurse cakap nama ubat, nurse cakap memang ubat tu ada kesan sampingan, rasa bedebar.. Adoii memang serik lah


Komen 10
Jaga makan dan waktu makan. Makan bubur je senang. Saya dulu pun tak boleh jalan bila kena cucuk ubat gastrik tu..


Komen 11
Ubat cucuk kan, saya jadi panik masa tu. Fikir nak mati je, lepas tu doktor cakap ambil ubat tu memang aksn rasa macam tu, lepas tu malam tu balik rumah tak dapat tidur.


Komen 12
Seram kan dulu sy ingat apalah. Tak tahu pula kesan ubat cucuk tu ingat nak gila da dah adoi


Komen 13
Saya selepas cucuk rase mata bergegar. Tak keruan, rasa macam sendi-sendi longgar. Rasa seram sejuk. Lepas dari tu dah serik untuk cucuk. Cukup la 3 kali cucuk tetap rasa macam tu, dh serik taknak dah cucuk.


Komen 14
Saya pernah rasa gelisah macam nak cabut lari dari hospital tapi masa tu masuk sebab alahan pregnant. Lepas nurse masukkan ubat tahan muntah terus jadi gelisah serba serbi tak kena. Last saya mandi baru ok. Badan jadi panas gelisah tak tahu nak cakap hanya orang yang pernah kena je tahu macam mana seksanya


Komen 15
Saya pun rasa gelisah juga, sampaikan cabut tudung panas macam nak menagis pun ada. Macam-macam fikir masa tu, istigfar banyak-banyak mungkin boleh membantu.


Komen 16
Saya kalau kena suntik ubat gastrik, sesak nafas terus. Jadi bila pergi hospital, kalau saya kena serang teruk, doktor nak suntik, saya tak nak. Saya minum ubat jer.


Komen 17
Saya bila masuk ubat gastrik, jadi pening nak muntah. Sakit segala sendiri, 2-3 jam baru ok. Sy jadi perit dah tak nak masuk ubat gastrik.


Komen 18
Ya betul. Rasa sangat-sangat lemas. Macam tu jaga makan minum supaya cepat sembuh.


Komen 19
Ye saya rasa rimas dan gelisah juga selepas kena cucuk ubat gastrik. Rasa gelisah tiba-tiba, nk lari, emosi tiba-tiba terganggu. Pernah saya cakap pada nurse nak keluar jalan-jalan kat loby sekejap tapi call suami suruh datang ambil dan saya balik. Esok pagi-pagi baru saya pergi semula ke hospital.
Semalaman hospital call saya tak jawab.. Suami pening tak tahu nak buat apa masa tu. Bila fikir balik. Betapa teruknya emosi terganggu.. allahuakhbar


Komen 20
Minta la ubat kat doktor untuk tenang kalau tak tahan sangat. telan xanax ok la tu kejap lagi..memang ada ubat yang bagi gelisah and palpitation kuat.


Komen 21
Betul tu lepas cucuk jadi gelisah dan rimas. Saya last kena cucuk ubat gastrik tu terpaksa makan xanax sebab kesan ubat gastrik tu buat saya mengamuk kat wad.. 


Komen 22
Kalau palpitation je minta propranolol dah ok dah. Tapi kalau dah cemas tak tentu hala, telan je xanax tu. Then start pantang makan and control la anxiety tu sebaik mungkin. Saya walaupun nampak macam kuat, tapi xanax sentiasa ada dalam beg selama 2,3 tahun ni. hahahaha. Anxiety dan diriku berpisah tiada. Bila dah tenang semula rasa malu sangat kat jiran-jiran sebelah katil.. ermmm anxiety ni kalau dah menyerang tak tahu nak cakap


Komen 23
Masa tu saya gelisah takut panic last-last dia masukkan air, lepas tu gelisah lagi sampai tak senang duduk.


Komen 24
Samalah dengan akak masuk wad selagi tak discharge selagi tu la kena masuk ubat gastrik sampai satu tahap akak cakap saya tak nak dah.


Komen 25
Saya pernah kena, lepas cucuk tu rasa semacam, tak reti nak cakap. Tapi rasa macam rimas, gelisah sampai saya tak tentu arah atas katil, rasa nak lari pun ada sis..


Sama..sy dulu pun lpas cucuk rasa lemas, rimas, gelisah & rasa mau lari..semalaman x dpt tdr smp ke pagi. Esoknya baru ok tp kesannya lemas badan sbab x tdr..


Betuiii mmg akan rasa mcm tuu...rasa lenguh nk lari semua Ada..
Pas tidur rasa ok


Dh penah lalui.. Seksa sgt😭ingtkn cucuk nk lega tp lg teruk emosi tergangu. Jd gelisah x tentu arah..klo x tahan sgt minta kt doc ubt penenang.dpt relax n tdo


Pernh .. nurse masuk ubat gastrik buat Saya xtentu arah RASA nk lari kluar dari Bilik ...


Sama mcm saya rasa rimas nk lari serabut smua ada...jd bepeluh2.


Saya pernah..rasa nak melaung dalam kecemasan..ubat buat macam kena rasuk..pening,nak marah,rasa lps masuk ubat tu..rasa nak balik rmh rht..tapi dia srh rht dlu atas katil..tapi masa rht tu macam3 datang..


Sma r. Sy sesak nfs. Sakit dada. Doc masukan ubat. Lps tu rsa semakin gelisah. Mcm nk mncarut. Nk menangis pom ada. Bercelaru.


Saya trauma dan fobia bila doc nk suntik ubat ni...lepas suntik rasa gelisah..sesak lg nafas.. mcm2 rasa.. allahuakbar...


Sy pun pernah rasa benda yg sama. Masa mula2 kena cucuk ranitidine tu dulu,rasa gelisah,berpeluh2. Kali ke 2 kena cucuk,sy terus ajak abg sy balik rumah then terus tido. Lepas tu bila dah kerap kena cucuk,rasa gelisah tu semua dah xde dah. Ubat tu pun dah bagi kesan kat sy. Ni pun dah bertahun dah sy xg kecemasan. Alhamdulillah 




Sy pow rsa yg sme..sy ajk suami blk crik air klapa..mnum trus hilang rsa 2..itu sje cre nak ubt 2..


Semoga diberikn kesembuhan dan diberikn kesihatan yg berpanjangan serta dipermudahkn segala urusan amienn


Btl..sy dlu lps kne ccuk.prt memulas skit sgt smpai trduduk kt luar klnk..mte xblh bkk..rse mcm ngntok sgt..gagah naik mto ngn hsbnd blk rumh.ats mto sy pjm mte xblh nk bkk..blk2 trus tdo..bdn out giler..longlai..lps bngun tu bru ok




sy 3 kali kena.. mmg mcm nk gila.. perasaan n pemikiran yg tak dpt nk kawal.. sejak kena kali ke 3, sy dh fobia dgn hsptl/klinik. kalau tak sihat, terpaksa pergi, walau demam biasa, sy akan cemas n anxiety kuat, bp mesti agak tinggi.. dulu, rs hsptl/klinik tmpt paling selamat.. now trust tu dh hilang.. huhuhu


yer.. mmg siksa, sbb x semua sesuai dgn ubat tu. disebabkn ubat tu sy dh sebulan lebih kena attacked paling teruk selama ada gerd n aD ni.. bertabahlah sis, semoga kuat & cpt sembuh..




Sy mcm sy.. Ubat gastrik kalo yg inject lgsung x de kesan ngn sy.. Makin sakit sesak nafas.. Rse nak nangis je 😢😢 balik umh dr klinik pon dlm kesakitan lg... Serikkkkkk tp sokmo ke attack




Sm la sy.. Mula2 pkp tu kne g hsptl annur dia bg ubt kedua tiba2 rs lain 1 mcm.. Trus panik tnya doc knp sy jd cmni jantung lju tiba2.. Doc ckp effect ubt kdg2 ada yg muntah2


Sy rsa tkut klu doktr suntik.ubat ni.trus rsa mcm sampai jantung..pning pusing ...bdn lmah..nk bgun.pn.lmah.
Plik.la...rsa csm nk mti




Betul tu..byse lepas suntik tu kt er sy mmg xduk diam..terus kehulur hilir mcm org x betul haha..ke bilik air basuh muka berkali2


Kesimpulannya, selepas kena cucuk ubat gastrik memang kita akan terkena anxiety rasa gelisah, cemas, fikir bukan-bukan. Bermakna bukan kita seorang sahaja macam tu, ramai lagi senasib sakit gastrik merasainya. Jangan risau, bertenang, sabar, pantang makan dan selalu mengamalkan ubat gastrik semulajadi duomix.

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. Betul saya pun baru kena rasa gelisah x boleh bawa bincang alahan mengandung...Dr cucuk ubat terus rasa x senang Allah seksanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, Admin doakan semoga cepat sembuh ye. Ameen.

      Padam
  2. Betul saya pun baru kena rasa gelisah x boleh bawa bincang alahan mengandung...Dr cucuk ubat terus rasa x senang Allah seksanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama...sy dhla bwk kereta sndri ms ambik injection...lepas selesai rasa mcm nk gila...nk bwk kreta urus anak pn x boleh

      Padam
  3. adik perempuan saya kerap kene food poisoning sampai satu tahap dia muntah cuma keluar cecair kuning. doktor suruh dia warded sbb infection drh putih dh tinggi, tp dia mintk balik ke rumah. bila tanya dia kata sakit lps cucuk ubat. baru saya faham maksud SAKIT dia tu. dia memang akan baring je lps inject ubat tu... dia xkan bercakap. gaya dia kelakuan dia seperti org xkeruan..

    BalasPadam
  4. ye betul.. saya pun sama... saya ingat saya saje.. rasa nak gila tak boleh tenang langsung sampai saya berapa kali call doktor.. lepas ni saya x nak ambik dah suntikan ini

    BalasPadam

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Lepas Cucuk Ubat Gastrik Akan Rasa Rimas Ke?
Lepas Cucuk Ubat Gastrik Akan Rasa Rimas Ke?
selepas kena cucuk ubat gastrik memang kita akan terkena anxiety rasa gelisah, cemas, fikir bukan-bukan. Jom baca pengalaman selepas kena cucuk.
https://1.bp.blogspot.com/-8ceY2qSwNjg/X3ipfIkfK4I/AAAAAAAA5zU/GygbKz2whh0J6M8NZOkFmjdcBmfs6P5EACLcBGAsYHQ/w240-h320/Lepas%2Bcucuk%2Bubat%2Bgastrik%2Bakan%2Brasa%2Brimas.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-8ceY2qSwNjg/X3ipfIkfK4I/AAAAAAAA5zU/GygbKz2whh0J6M8NZOkFmjdcBmfs6P5EACLcBGAsYHQ/s72-w240-c-h320/Lepas%2Bcucuk%2Bubat%2Bgastrik%2Bakan%2Brasa%2Brimas.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/10/lepas-cucuk-ubat-gastrik-akan-rasa.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/10/lepas-cucuk-ubat-gastrik-akan-rasa.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content