Jika nak cepat sembuh dan elakkan gastrik, sila patuh 6 pantang larang untuk gastrik ini
Sakit Gastrik tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia, kerana kebanyakan yang ada masalah ini tidak tahu dan tidak sedar mereka sedang terkena gastrik.
Gastrik boleh dirawat jika ambil tindakan sepantas dan seawal mungkin untuk merawatnya dan tidak membiarkan sehingga jadi lebih teruk. Kami selalu cadangkan kepada pembaca dalam blog ini untuk merawat dan mencegahnya dengan mengambil ubat gastrik duomix yang mengandungi probiotik, Prebiotik Dan Spirulina serta Yogurt yang terbukti berkesan dalam menagani masalah gastrik.
Selain itu, anda juga mesti patuh 6 pantang larang ini. Pantang larang ini dikeluarkan Jabatan Gastroenterologi & Hepatologi, daripada Hospital Umum Singapura (SGH).
6 Pantang Larang Gastrik Yang Perlu Dipatuhi Kalau Nak Cepat Sembuh!
Gastrik boleh dicegah dengan mematuhi 6 pantang larang gastrik berikut:
#1. Jangan Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak
Bila terkena gastrik, ramai yang faham sebab utama terjadi gastrik adalah tidak makan dalam satu tempoh yang lama menyebabkan rembesan asid perut keluar tanpa ada makanan untuk diproses sehingga asid tersebut menghakis dinding perut.
Oleh sebab itulah, mereka mula makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan daripada gastrik. Ini adalah keputusan yang salah kerana makan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan anda mengalami kembung perut dan boleh berlaku Gerd pula. Nak elak gastrik tapi gerd pula datang.
Cara terbaiknya adalah anda mesti makan dalam jumlah kuantiti yang sedikit tetapi kerap kira-kira 5 ke 6 hidangan sehari berbanding 2 ke 3 hidangan untuk memastikan perut anda sentiasa terisi.
#2. Jangan Bertangguh Makan & Tidak Ikut Jadual
Gastrik terjadi adalah berpunca daripada anda tidak makan dalam suatu tempoh yang lama dan berlaku keradangan pada perut.
Cara terbaiknya, Anda perlu makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh-tangguh. Sila buat jadual makan anda dan ikut jadual tersebut tepat pada waktunya.
Pastikan makan tepat pada waktunya, sebagai contoh, semalam anda makan sarapan pada pukul 7 pagi, setiap hari anda perlu makan sarapan pada pukul 7 pagi. Kalau belum bermula, mulai esok terus mulakan. Jangan Bertangguh demi kesihatan anda.
#3. Jangan Makan, Makanan Tidak Sihat
Selain tidak makan, antara punca lain menyebabkan gerd & gastrik adalah makan makanan yang tidak sihat. Beberapa jenis makanan dalam kategori yang menyebabkan simptom gastrik.
Antaranya ialah:
- Makanan
- pedas
- berasid
- bergoreng
- berlemak.
- Minuman
Makanan & Minuman jenis ini adalah musuh utama penderita gastrik. Jadi, tolong elakkannya.
Cara terbaiknya ialah, mengambil makanan sihat dan bernutrisi. Bukan sahaja bagus kepada kesihatan perut anda, tapi juga bagus untuk jantung dan tubuh badan anda.
#4. Jangan Terlalu Stress & Selalu Stress
Stress juga boleh menyebabkan berlakunya gastrik. Kenapa? Kerana apabila anda berhadapan dengan stress dan tekanan yang berlebihan akan menyebabkan jus gastrik dalam perut akan menghasilkan lebih banyak lagi jus gastrik.
Cara terbaiknya ialah perlu kawal stress, anda perlu merehatkan minda anda, melakukan banyak senaman, perbanyakan solat sunat, zikir dan selawat bagi muslim bagi mengelakkan gastrik tidak terjadi.
#5. Jangan Ambil Alkohol
Selain memabukkan alkohol juga mampu melemahkan sistem imunisasi perut. Minum alkohol tidak mendatangkan kelebihan sedikitpun selain ingin memuaskan nafsu dan ketagihan dan membazir wang serta meragut ramai nyawa orang tidak berdosa di jalan raya.
Cara terbaiknya ialah, anda mesti tinggalkan alkohol jika tidak mampu kurangkan pengambilan alkohol bagi bukan muslim. Sama-sama kita jaga kesihatan diri. Adakah sanggup menahan sakit gastrik, semata-mata ingin minum alkohol? tepuk dada tanya hati.
#6. Jangan Merokok
Kandungan nikortin dalam rokok menyebabkan perokok ketagih merokok. Jika tidak dapat merokok sehari, badan boleh mengigil sebab badan tak dapat nikortin. Selain nikortin rokok juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang lain yang tidak sihat.
Bahan kimia yang tidak sihat yang ada dalam rokok, boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut sekaligus dalam melemahkan sistem imunisasi perut seperti pengambilan alkohol. Malah kesan lagi teruk boleh menyebabkan gastritis dan kanser perut.
Cara terbaiknya ialah, anda perlu berhenti merokok. Jika badan perlukan nikortin, cuba ambil ubat nikortin di farmasi berdekatan atau gula-gula nikortin. Lama-kelamaan badan akan terbiasa dengan ketiadaan nikortin.
Kesimpulannya, 6 pantang larang ini adalah hanya panduan kepada anda sahaja untuk nak elak dan nak sembuh daripada gastrik dengan cepat. Kesakitan gastrik sangat sakit, tiada siapa yang tahu melainkan diri anda. Jom ubah gaya hidup anda sekarang dengan mengamalkan normal baru dengan 6 pantang larang ini.
Oh ye, probiotik sangat baik untuk gastrik, saya rekomen kepada anda untuk mencuba probitik ini selama sebulan dan rasailah perubahan anda sekarang. 👉
Info Lanjut
COMMENTS