Himpunan Sebenar Komen & Maklum Balas Gejala-Gejala Gastrik Yang Mereka Rasa
Ramai yang tak tahu mereka sedang mengalami gastrik, malah ada gastrik yang teruk. Kat sini saya kumpulkan kesemua komen pengalaman sebenar mereka yang menghidap gastrik. Anda ada gejala sama seperti mereka?
1. Daripada Pengguna Facebook Boon Arbu
Saya mempunyai masalah gastric kronic.. Sehinggakan muntah keluar asid bercampur darah... Dan tidak dapat bekerja selama 3 bulan...
Saya telah pun membuat pemeriksaan endoscope... Dah setahun.lebih gastric saya terlalu teruk kdg2 sampai terketar2... N now saya makan ubat2 ni baru lah ok sikit..
~bahana gastric
2. Daripada Pengguna Facebook Mariatul MB
Tahun 2012 sy pernah kne warded akibat demam on off... pemeriksaan doktor sy kne ulcer peptik..
Dulu sy tk fhm ape kaitan demam kuat suhu tinggi 40°C dgn gastrik...
Doktor pun tk jelaskn secara terperinci masa tu..
Skrg baru fhm akibat jangkitan bakteria pd dinding usus.. tu sbb demam.
Bahaya ooo klau biarkn berlanjutan... sy dulu hingga bacaan HB tinggal 6.2.. syukur usus tak bocor lg
3. Daripada pengguna Facebook Arfah Kahar
Saya adalah pengidap penyakit Gastric.. alhamdulillah selepsa 1 bulan sya berhenti merokok gastric saya semakin hari semakin pulih
4. Daripada pengguna Facebook Azlan
Ubat tahan sakit gigi punye pasal aku kene gastrik.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
5. Daripada Pengguna Facebook LizaIkram Izza
memg pesakit gastrik... 15 thun dh x kene gastrik... mggu lepas x jaga mkn langsung... kerap skip bfast... skali kene, dgn perut kembung, keras, rasa mcm x ckup nafas, nafas pendek, perut mnyucuk, lenguh satu badan... insafff sgt2 rasenye
Amira Nabillah mggu pertama memg kene teruk... dari ari pertama kene doc dah suruh pantang mkn... so sy pantang makan... sy mkn 2sudu besar nasi lembik dab ikan bakar dan sayur park choy (sayur byk) sahaja... stiap 1 1/2 jam- 2jam sy makan tu je... sy amik ubat doctor ontime... sy tidur duduk sandar atas sofa je... pkul 5pg sy dh bgn mandi... lpas subuh, zohor, asar, magrib sy akan lumur minyak dgn minyak urut yg panas skit... pkai sweater n stokin selalu sbb nak bg berpeluh... pkl 6pm sy akan suruh suami tlg urut belakang bahu kiri, tgn kiri, belakang pinggang kiri
mggu kedua sakit sy dah kurang, baru sy berani makan buah epal tp sy x berani nak amik sebarang supplement lg... sy ikut announcement group ni... yg penting kene byk berurut... sy tak tahan mkn bubur sbb rasa perut lg senak, so sy mkn nasi lembik
mggu ketiga, alhamdulillah semua simptom gerd dah ilang
6. Daripada Pengguna Facebook Joesel Lijimi
sudah 4 hari selang seli sakitnya hari ni jam11 pagi sakit betul slama 1 jam,, lepas 1 jam hilang sakit perut,, keesokan hari ada sakit tapi tidak brapa sakit
7. Daripada Pengguna Youtube Aidil Alang
Sy sejak 15 tahun dh tanggung sakit.. setiap pagi wajib untuk sarapan.. sy penah masuk hospital 2 kali sbb pagi tak makan..
8. Daripada Pengguna Facebook Salmiah Ocal
Suami saya baru semalam muntah darah hitam. Esok dia menjalani prosedur endoscopic.
9. Daripada Pengguna Facebook Sha Idan
Sy selalu perut xselesa lps mkn atau sblm mkn selalunya waktu nak tidur Mlm dia jadi lah adakah sy gastrik sy ada pergi klinik kerajaan dia bg sy ubat gastrik kunyah br telan rasa ok la bila mkn ubat tu.
10. Daripada Pengguna Facebook Ai'yem Faisal
Ramai jugak yg jdi macam ni yaa..ada tak tips untuk share cara nk atasi.? Pliss sekali jdi sengsaranya rasa
11. Daripada Pengguna Facebook Mohamad Shaiful Nizam
Boleh refer bahagian kecemasan tak? Since gastrik ni dah 12 hari tak hilang. Nak tidur pun tak boleh 😢
12. Daripada Pengguna Facebook Nor Afzan
Sy perut memulas di semua bahagian perut dah 4hr x blh tido. Mcm mencucuk2
13. Daripada Pengguna Facebook Muhamad Nazir Bin Bakar
Mohamad shaiful Nizam smala..pedih ulu hati..xkira masa...nk tido,nk baring pn xbleh..nafas jd semput2 penat..adoiii..nk mkn ubat apa pn xtau.
Sllu rasa skit pada dada kiri bila nk bernafas..buat kerja jadi penat dan semput...buat ECG test jantung dgn paru2 ok..dokter ckp gastrik angin..tpi skit bhgian dada stiap hari tu xthan..rasa semput,pnat nk buat kerja pn xbleh..sapa tau nk mkn ubat apa nk bg hilang skit dada sbabkan gastrik angin ni..
14. Daripada Pengguna Facebook Md Khir
Saya pegi wad kecemasan 3 Kali. Yg terakhir baru dia rujuk ke Pakar. Bila Dah Cek, confirm gastrik teruk. Doktor bagi ubat. Pantang makan Dan Berhenti merokok. Ni Dah hampir 1 minggu makan ubat. Alhamdulilah berkurangan sakit. Kalau tak nak makan pun Takut. Pasal lepas makan selalu sesak nafas. Mcm perut penuh angin, Tapi tak bleh nak buang. Kalau dpt sedawa tU rasa nikmat sgt... Ade Mase Sampai menangis la menahan sakitnya. Cuma Sejak taK merokok, pantang makan, minum air suam aje. Angin tak Berhenti keluar. Alhamdulilah, rasa mcm Allah kembalikan nikmat yg ditarik 2/3 minggu lalu. Cuma rokok la susah skit, Tapi paksa la. Saya merokok Dah 20 tahun Lebih. 1 1/2 kotak sehari Sebelum ni. Bayangkan rasa nak Berhenti... Tapi hati nak kuat la. Insyaalah nak tinggal rokok rerus...
15. Daripada Pengguna Facebook Mohd Zukri
Saya perut mcm kembung ada angin..dok main dlm perut..dh 12 hari dh..tp x cirit n x muntah n x sakit prot pun..cuma x selesa sbb dlm perut dok meletup2 dgn angin ja..sndi kaki pun sakit sikit2..hm..sapa ada ptua atau ubt x? Xpenah kd cmni..
16. Daripada Pengguna Facebook Nurul Huda Salleh
Hum..siksa ya amat kena gastrik ni..setiap kli jmp doc..kna cucuk masuk ubat baru lega..klaux sakitnya la..
17. Daripada Pengguna Facebook Nurul Wafa
Saya kerap muntah 3/4 hari kadang perut terasa kering dan lapar sedangkan baru 2jam yg lepas saya makan dn perut saya terasa bnyk angin dan mual hm siapa pernah mengalami mcm saya sbb bfre ni tk pernah ada history pasal gastrik.
18. Daripada Pengguna Facebook Suriati Asis
Rasa mcm susah bernafas, bila mkn muntah rasa loya bila mkn. sdh jumpa doktor sdh suntik masi sakit.. malah kdg rasa sudah bernafas, mkn mo muntah..knp ya..
19. Daripada Pengguna Facebook Azieyan Pardinan
sy jd selepas makan. Lg2 lepas sahur, trus rasa angin, sakit prut, nk muntah. Msa sakit perut tu susah sgt nk bernafas.
20. Daripada Pengguna Facebook Insan Sepi Insan Sepi
Sy dari puasa hari pertama asyik sedawa pedih ulu hati.bila masa berbuka nk telan makan terasa pedih kat dada.sy dah beli ubat angin mkn pedih kat dada tu dah x ada tapi sy cirit masih loya2 perut x sedap.
21. Daripada Pengguna Facebook Nor 'Azzura Abdullah
Bermula dgn mkn roti dan minum coffe je utk sahur disbbkan terlewat bgn, waktu pg dh rasa terketar2, rasa loya.. tiba waktu berbuka g mkn ns lemak mlm nyer rasa xbole tido, sakit dada yg mencucuk, sakit perut di bhgian ari2 dgn sekitar pusat sehingga susah nk tido dan kadang kala susah nk bernafas dan rasa sakit di bhgian rusuk kiri dan kanan bhgian blkang bdn..
22. Daripada Pengguna Facebook Rae Nold
Slalunya masalah perut mcm pedih / gastrik boleh diatasi dgn pngambilan probiotik (bakteria baik dalam usus) kalo ikut pngalaman sy la. Tp jumpa doktor dulu la utk mnta nasihat sblum pngambilan food supplement probiotik. Tq
23. Daripada Pengguna Facebook Zamiy Razali
Pedih bahagian atas perut. Sendawa angin tapi xkeluar sepnuhnya. Tekak loya, rasa nk muntah. Tapi pergi klinik. Doktor kata gastrik. Kene habiskan ubat, fungsi dia adalah utk perbaiki usus. Sy kene da 3hari. Smlm kritikal tp boleh tahan. Pagi td kecundangan.
24. Daripada Pengguna Facebook Cik Lova
Kena dari PKP1 lagi...makin teruk..ubat gastrik xjalan..tiap malam rasa makin menjadi asid naik kt tekak...meloya...pedih ulu hati...angin..cirit pn ada...sukar nk tidur
25. Daripada Pengguna Facebook Suria Suria
Sy pun sakit gastrik skg sampai berak2 air dua hri sdh..sy cko ni gastrik sb atas perut yg sakit dan sering sendawa..klu bejalan x buli lurus badan..sakit sangat..mau p hospital masa skg takut2 pula
26. Daripada Pengguna Facebook Fairuz Mohamad
Saya gastrik angin jugak. Pedih bahagian atas perut, pedih ulu hati. Tapi yang paling seksa, rasa macam nak berak tapi berak keluar air je. Tak boleh nak tido, sebab kejap² rasa nak berak. Baring sekejap je dah berlari masuk toilet. Nak makan tak selera
27. Daripada Pengguna Facebook Nyel Niel
saya rasa perut tak selesa, rasa pedih, banyak angin dalam perut , kene urut2 baru nk sedawa , kdang macam senak, pedih, rasa tk sedapðŸ˜. da dua kali g klinik kerajaan cakap makan ubat kapur je. tapi sama je . hmmm. nak berak pon macam tak nak.
28. Daripada Pengguna Facebook Zalina Taib
Anak saya gastrik sjk 3 mnggu lalu slps cuba puasa 15 hari. Smpai skrg x hilang.
29. Daripada Pengguna Facebook Nina Dboy
Mmg trasa skit msa makan pn trasa nk muntah perut mcm trasa kembung
30. Daripada Pengguna Facebook Nizam Zam
Sy megalami senang perut ulu hati tekan je perut sedawa senak perut sy sampai taggan sebelah kiri kebas dada belah jantung sakit rase pedih yg teramat sagat sehingga sy bepeluh buang air besar rase tidak puas.....
31. Daripada Pengguna Facebook Siti Noraini Masuro
Saya skrg ada masalah ni.. Sebelum ni ase berangin je perut,xselesa,sakit,pedih perut bila xmakan.. Skrg lepas makan saya alan rasa sakit perut belah kiri. Makin lama sakit tu beralih perut tengah plk.. Sakit tu teramat sampai bongkok dibuatnye..
32. Daripada Pengguna Facebook Syahirah Ayob
muntah keluaq hitam dan ad darah. Sama mcm syg pagi tadi
33. Daripada Pengguna Facebook Arin Yin
Sy tgh alami gastrik skrg ni. Tekak rasa payau je. Ulu hati x selesa.. Mlm pn susah tdow.. Huhu
34. Daripada Pengguna Facebook Aidila Gojess
Saya tgh gastrik ni dr pukul 3 pg td...tak boleh tido, sendawa je ..sapu ubat angin kt perut, bila tepuk perut angin je...berak x nak pedihnyaa perut skrg ni, sendawa mcm.nk muntah..tp.tak..
.sapu losyen Mmg je ni nk.redakan sakit..tp still.sakit
35. Daripada Pengguna Facebook Nour Àdiĺĺa Adellia
Saya dah gastrik 3 hari...dah minum ubat mmt tu...tapi now still on sakit...puasa 6 pun x boleh buat lg skrg ni....ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
36. Daripada Pengguna Facebook Noor Ashikin
Saya pun gestrik sekarang dah sampai muntah kuning dah ni hm kdg kdg kalau tetiba gestirik serang tu mmg rasa mengeletar satu badan sampai kerja apa pun tak boleh nak buat
37. Daripada Pengguna Facebook Aini Awang Lah
Sayapun gastrik dah 1bln lbih,pd awal xleh mkn,minum susu n yogurt,minum utk mmt,n buang angin,ok bleh mkn nsi air,xleh minum ais ..alhamdulillah blh puasa..
Bila raya mkn x jga,dtg blik gastrik...rasa kembung perut,susah bernafas...
38. Daripada Pengguna Facebook Iqram
Sye kerap rasa pening2 kepala.. Nafas pn kadang2 jdi berat. Perut rasa tidak selesa.. . kerap sedawa ...
sye dri awl bulan 3 lagi kena.. Smpai skr xsembuh2
bdan ad rsa panas2 wktu malam.. N ad jdi fkir cm2 contoh rsa cm ajal dh smpai...
39. Daripada Pengguna Facebook Suhaimi Hamdi
Sy jd masalah yg sama..dh berbulan..bila sy byk membaca tentang gastrik ni rupanya ada istilah anxiety dan panic attack..sy selalu jadi waktu mlm bila dada tiba2 rasa ketat ..sy dh ecg test dua kali alhamdulillah xda apa2..gastrik ni umpama sakit jantung..rasa berdebar2...paling mujarab ialah berfikiran positif ..tp susah nk buat..sy pun tgh belajar positif..tp jiwa ni resah jugak bila perut tiba2 rasa berangin dan naik ke dada..kena bykkan solat dan baca quran...
40. Daripada Pengguna Facebook شککش کشس
paling tidak suka kalau gastrik.pertama kali bila gastrik menyerang rasa sesak nafas sakit dada hingga ke bahu. .lagi2 la kalau malam la suka berlaku😑
41. Daripada Pengguna Facebook Qasehku Shazlina II
ada masa nya baik, dn ada masa nya datang balik.. selepas puasa bulan lepas, dpt saya tamat puasa, tapi sekarang gastrik dtg lagi.. sekarang saya amalkan minum air lemon, tapi jgn masam, sedang2..amalkan selepas makan tengahari dn mkn mlm.. baru hilang rasa sesak nafas.. berkemungkinan masaalah lemak dlm badan juga, sbb selama pkp baru2 ni, duduk di rumah asyik nak makan je...😄😄, dan saya amalkan bersenam tiap2 pagi utk keluarkan peluh.. bersenam dekat kawasan rumah je.. Alhamdulillah dh kurang sikit rasa sakit di bahagian atas perut
42. Daripada Pengguna Facebook Ssrohaya Jl
saya pun kena gastrik masa sebulan puasa..setiap hari ambik nexium..raya saya stop 10 hari x mkn ubat..sekrg dah sakit balik.. mkn ubat semula tp masih belum baik lg..
43. Daripada Pengguna Facebook Nur Syakinah Zaini
saya mengalami maslah gastrik since umur 16 tahun. paling teruk saya kena gastrik dalam 4 tahun lepas. tapi beberapa hari ni perut saya rasa tak selesa setiap masa. nak makan, tapi tak lapar. bila makan, tak berapa selera. bila rasa nak buang air besar, pegi toilet susah nak keluar pulak. nak buang air pon kena paksa. bila tekan perut sakit kat bahagian tengah atas pusat. nak makan ubat gastrik tapi takut effect lain pulak.
44. Daripada Pengguna Facebook Ummu Ammar
Sy pun ada gastrik doktor bg ubat vencid Kene mkn 5 hr, skrg baru 2x mkn, rasa xnak teruskan mkn sbb menyebabkan migrain dan rasa mengantuk je
45. Daripada Pengguna Facebook Ummu Haany Fuad
Saya mula dpt gastriksni dr usia 13..doktor suruh buat skop masatu xmau..takut .lps berapa tahun buat juga skoptu..dapati Merah dibahagian perut.doktor bg ubat Omeprazole..sampai kurang skt.tp akhir3ni sakit tu dtng blk..sampai rasa pedih perut setiap masa.doktor rujuk Saya ke bahagian gastro
46. Daripada Pengguna Facebook Tok Abah
9 tahun dh rasanya derita gastrik, kali pertama kena ogds, doc bg ubat omeprazole.. Pastu tukar ke panto.. 101 mcm simptom dh hadap.. Termasuk bernafas xpuas, semput, penat.. Hidung tersumbat...batuk kronik,sakit belikat rasa angin penuh diblkg bdn n tengkok.. Jenuh nk melayan.. Rasa mcm dh nk mati pun ada rasa
47. Daripada Pengguna Facebook Nur Zuyyin
dh mkn ubat yg klinik bgi dh hbis dh ubat tu tpi still sakit jgk Dh seminggu sy gastrik
48. Daripada Pengguna Facebook Didiey Yana
Dh 3 hari sy sakit perut.. Dtg mnyerang skjp skjp tp dia mcm mengisar. Rsa pedih sbelah kiri dan ats. Mkn ubat gastrik pun xjalan.
Ini antara komen-komen pengalaman sebenar bila terkena gastrik, jika anda mengalami nasib yang sama seperti mereka, bermakna anda juga pesakit gastrik..
P/s: Anda ada nak kongsi pengalaman gastrik anda bersama kami dan bantu lebih ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti anda? jom komen dalam ruangan dibawah. Terutamanya yang dah sembuh, komen anda dialu-alukan.
Saya kes number 4. Sebab ubat tahan sakit gigi. Padahal dah makan sikit lapik perut sebelum telan ubat. Tapi jadi jugak. Mula2 taktau kata gastrik. Dalam tempoh seminggu tu jadi pedih ulu hati pastu cirit birit siap dgn berasa nak muntah tapi tak muntah2.
BalasPadamSampai last2 jadi sesak nafas tak boleh baring. Kena duduk tegak ja. Pastu bila telan air liur rasa macam ada benda kat kerongkong. Tekak jadi macam rasa berasid.
Last2 pi hospital check2 rupanya dah kena gastrik. Sekali telan ubat jenis liquid tu setel masalah tu sat. Haduii.. pastu bermula lah episod kena makan macam orang duduk dalam wad. Kena jaga makan.
Last2 try susu kambing Anramin tu yg susu kambing kurma. 6 bulan amalkan susu tu tak begantung dgn ubat2 hospital langsung. Alhamdulillah dah ok sekarang ni. Dah boleh makan macam biasa tapi jangan lebih2
alhamdulillah, semoga Allah memberikan kesembuhan kepada tuan & seluruh pembaca blog ini.
Padam