Sakit Gastrik/Gerd/Anxiety Ni Tak Pergi Solat Jumaat Tak Apa Ke?

SHARE:

Solat jumaat itu wajib, jika anda mengalami sakit seperti gastrik diberikan kelonggaran dalam ibadah. Jom baca detail dalam blog ini.

Saya ada menerima satu soalan daripada pesakit gastrik atau gerd atau anxiety. Soalannya "Sakit macam kita ni kalau tak pergi solat jumaat tak apa ke?



Ok, sebelum saya terang lebih jauh, sakit yang Allah berikan kepada kita ini adalah kurniaan Rahmat Allah swt. Yang mana dosa dihapus dan diberikan pahala kepada yang bersabar atas ujian ini.

Rasulullah saw bersabda :-

Tidaklah sesuatu yang memudaratkan seorang Mukmin walaupun duri yang memusibahkannya, melainkan dituliskan baginya satu kebaikan atau dihapuskan daripadanya satu kesalahan.”
(Sahih Muslim, no. 2572)

Bagi yang anda sedang menghadapi ujian ini, redha lah dengan qadak dan qadar Allah swt, semoga Allah mengangkat darjat kita semua. Jangan bersedih dan kecewa hadapilah dengan ketaqwaan. InsyaAllah diberikan ketenangan. 

Solat Jumaat Ini Wajib ke?

Secara asas hukum solat jumaat ini wajib kepada semua umat islam yang mukallaf yakni baligh dan berakal, lelaki, merdeka, orang yang bermuqim sama ada yang bermastautin ataupun tidak, dan yang tidak ada keuzuran seperti sakit atau keuzuran-keuzuran lain yang disebutkan dalam sembahyang berjemaah.

Dalil Kewajipan Solat Jumaat
Dalil Kewajipan Solat Jumaat
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Islam Tidak Membebankan Dan Memberatkan Penganutnya

Islam merupakan agama yang tidak membebani dan memberatkan penganutnya, sepertimana yang disebutkan dalam surah al-baqarah ayat 286 dan Surah al-Hajj ayat 78. Anda boleh merujuk sendiri dalam alquran terjemahan.

Beberapa garis panduan yang saya ambil daripada website mufti wilayah yang boleh dijadikan rujukan kita bersama.

Keadaan-Keadaan Yang Mengharuskan Untuk Tidak Menghadiri Solat Jumaat


Seseorang yang diberi kelonggaran dalam agama untuk tidak melaksanakan solat Jumaat, terdapat beberapa keadaan. Antaranya adalah:

  1. Pesakit ada berasa sakit ketika menghadiri solat Jumaat di masjid.
  2. Pesakit berasa sakit kerana menunggu selesai solat Jumaat, atau akan bertambah kuat sakitnya dan lambat sembuhnya.
  3. Begitu juga tidak diwajibkan solat Jumaat atas orang yang ditugaskan merawat dan berkhidmat kepada pesakit jika tiada orang lain yang boleh mengambil alih tugasnya ketika dia pergi bersolat Jumaat sedangkan pesakit amat-amat terdesak memerlukan khidmatnya. Pengecualian ini tidak dikira sama ada pesakit itu di kalangan ahli keluarganya atau tidak. [1]
  4. Pesakit yang akan menemui kesulitan yang jelas, bukan sekadar agakan atau sangkaan.[2]
Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin;- 
Maksud sakit atau penyakit yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat Jumaat adalah penyakit yang dihidapi pesakit itu memberi kesukaran kepadanya sekiranya dia pergi ke masjid bagi menunaikan solat.


Pentingnya Pergi Solat Jumaat Untuk Pesakit Gastrik

Betul, apabila sakit, kita diberi kelonggaran dalam melaksanakan ibadah. Maksud kelonggaran disini bukan tidak perlu melakukan ibadah langsung ketika sakit, tetapi kita buat ibadah semampu mungkin yang boleh. Kita yang sakit, kita tahu keadaan diri kita. Betul tak?

Solat jumaat ini, penting. Kalau anda sakit setahun, takkan setahun tu anda cuti terus solat jumaat, alasan sakit gastrik. Kita perlu ingat ketika inilah, kalau kita cuba buat sebaik yang boleh, pahala berlipat kali ganda. Pandai-pandai lah cara cari jalan untuk solat, seperti solat belakang sekali ke, solat dekat tandas ke. Jika berlaku kecemasan mudah untuk anda buat sesuatu tanpa gangu orang lain beribadah.

Selain itu, dengan pengisian jiwa ketika khutbah jumaat juga, boleh menenagkan jiwa dan merehatkan jiwa dengan kembali kepada Allah. Dengar khutbah dengan tekun, jangan tidur, dan selepas solat jumaat ambil masa 5-15 minit untuk berzikir. InsyaAllah jiwa akan lebih tenang terutamanya yang ada anxiety.

COMMENTS

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Sakit Gastrik/Gerd/Anxiety Ni Tak Pergi Solat Jumaat Tak Apa Ke?
Sakit Gastrik/Gerd/Anxiety Ni Tak Pergi Solat Jumaat Tak Apa Ke?
Solat jumaat itu wajib, jika anda mengalami sakit seperti gastrik diberikan kelonggaran dalam ibadah. Jom baca detail dalam blog ini.
https://1.bp.blogspot.com/-n5bLNnnGJN4/X6Add5bdOFI/AAAAAAAA-bI/D09Qle5ZR9oobc6SPV7XOwF9bV4iaNtCACLcBGAsYHQ/w486-h273/sakit%2Bgastrik%2Bboleh%2Btak%2Bpergi%2Bsolat%2Bjumaat_.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-n5bLNnnGJN4/X6Add5bdOFI/AAAAAAAA-bI/D09Qle5ZR9oobc6SPV7XOwF9bV4iaNtCACLcBGAsYHQ/s72-w486-c-h273/sakit%2Bgastrik%2Bboleh%2Btak%2Bpergi%2Bsolat%2Bjumaat_.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/11/sgastrik-tak-pergi-solat-jumaat.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/11/sgastrik-tak-pergi-solat-jumaat.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content