Kisah Cikgu Sekolah Pulih Daripada Ujian Gastrik & Anxiety Teruk

SHARE:

Kisah seorang guru sekolah yang pulih daripada gastrik & anxiety. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada pesakit gastrik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya pernah mencoretkan sedikit pengalaman pertama mengalami ujian gerd dan anxiety ni sebelum ni. Dan saya boleh katakan 90% sembuh cuma tinggal pening-pening sikit yg masih boleh dikawal. 



Ramai yang nak tahu macam mana saya boleh sembuh dan kembali aktif ceria. Selepas saya mengalami episod-episod serangan anxiety ni saya jadi murung dan sentiasa risau yang teramat. Semasa saya sedang mengajar dalam kelas anxiety datang, datangya seperti saya dah jangka. 

Jantung berdentum dentam dalam dada. Kepala pening bukan pusing juga bukan sakit tapi pening mesti ramai yang tahu. Masa makan dia datang. Saya banyak mc dan skip kelas dalam setahun tu sebab ke klinik. 

Masa mengajar pon saya pernah tinggal kelas pergi klinik. Jawapan doktor pon saya dah hafal. ECG demi ECG dibuat serta test-test lain juga jawapan yang sama. Semua normal. Lebih kurang 2 ke 3 tahun lebih saya hadap benda ni. 

Malam tak boleh tidur, solat terganggu, waktu riadah terbatas, kerja terabai, penampilan serabut dan macam-macam lagi. Saya jujur sebelum saya diuji penyakit ni hubungan ketuhanan saya jauh. Solat sering terabai. Sebab tu saya takut sangat, takut saya tak sempat bertaubat. Takut saya mati dalam keadaan kufur dan dosa melampaui pahala. Jadi saya semakin memperbaiki semua tu. 

Alhamdulillah saya jadi seorang yang takut nak tinggal solat sekarang. Semakin hari semakin saya rasa apa saya buat belum cukup. Dan saya terus menambah baik sehingga saya perbaiki solat jemaah di surau dan masjid. Masih lagi berusaha. Tak dapat 5 waktu dapat 1 waktu di surau pon happy sangat. 

Sampailah satu hari (disini bermula kesembuhan saya bermula) waktu solat saya terfikir masya Allah, semenjak penyakit ni datang saya banyak perbaiki hubungan saya dengan Pencipta. Selepas itu saya terfikir mungkin semua penyakit ni untuk Allah hembus kembali hidayah dan iman pada saya. 

Bermula di situ saya terus positifkan diri dan tenangkan fikiran saya. Namun ia masih berterusan. Sehingga satu hari saya berdoa bersungguh-sungguh pada setiap sujud saya. Setiap waktu solat ketika sujud saya akan laburkan lebih masa untuk berdoa. 

"Ya Allah berikan kesembuhan pada hamba mu ini. Janganlah kau cabut nyawaku selagi aku belum dijamin syurga mu ya Allah. Kembalikanlah kesihatan dan keceriaan hidupku agar aku dapat beribadat padamu dengan nikmat ya Allah. Hilangkan sakit pening, kerisauan, dan segala pentakit yang dipinjamkan dalam tubuhku ini ya Allah. Angkatlah kembali penyakit ini ya Allah agar aku dapat menikmati hidupku sebagai khalifah mu ya Allah." 

Ini lah doa saya secara umum. 

Satu sujud baca satu kalau tak boleh sujud lama. Sebab saya mula-mula sujud lama buat rasa darah macam cepat berkumpul di kepala. Tak cukup ketika sujud ketika tahiyat akhir sebelum beri salam doalah banyak-banyak. Itu lah waktu paling makbul doa kita. Cubalah. Tapi jangan lafaz sebab takut batal solat sebab ketika solat hanya bahasa arab sahaja (yang ni saya rasa je, boleh tanya yang lebih arif) tapi saya doa dalam hati saja. Doa bersungguhsungguh. Nangislah ketika berdoa. Jangan malu dengan Allah. 

Saya setiap kali doa saya menangis yg teramat sangat masa memohon. Tapi akhirnya Allah angkat rasa debar didada, fikiran yang terlalu negatif. Allah angkat benda ni. Tapi sakit kepala seperti diikat di kepala masih ada. Kepala selalu rasa seperti diikat ketat dan pening melayang masih ada. Sehinggalah satu hari saya ternampak post di facebook seorang pakcik kurang upaya berniaga untuk sara isteri dengan jual keropok naik motor buruk dengan dia pon ada parkinson. 

Bergoyang-goyang bawak motor cari rezeki sehingga larut malam. Saya pon teringat antara doa yg tiada hijab adalah sedekah kitika waktu subuh. Saya pon save post tu dan cari nombor akaun bank pak cik tu dan ada disitu. So satu hari saya dapat tidur awal seban tidurkan anak di lengan. Dengan saya-saya tertidur sekali. 

Sedangkan saya susah nak tidur malam selagi belum subuh. Tapi malam tu Allah tidurkan saya dengan nyenyak sampailah Dia kejutkan saya jam 3.30 pagi tepat. Bangun yang betul-betul tak ngantuk macam dah tidur 9 ke 10 jam. Padahal baru tidur 3 ke 4 jam. Terus saya bangun ambil wudhu dan solat tahajjud. Masa solat tahajjud ni sahabat semua, saya menangis sepanjang solat sehingga tak boleh nak baca surah lancar. 

Nangis yang saya tak pernah se-esak macam tu. Waktu sujud saya doa yang sama dan airmata tak berhenti mencurah kenangkan dosa-dosa saya yang dulu. Doa minta kesembuhan, minta keampunan, mintak tambahkan iman. Semua saya minta. Selepas tahjjud saya solat taubat pula. Buat yang sama. 

Sampailah waktu subuh sampai saya solat dirumah saja. Sebab saya nak doa takut tak dapat ikut imam sebab saya sujud lama. Dan sebelum bagi salam saya doa lagi lama. Habis salam zikir sikit dan saya teringat akan post facebook pakcik tu. Saya ambil handpfone dan terus transfer duit kat nombor akaun tu. Baru saya doa. 

Tuan-tuan dan puan-puan, waktu ni saya betul-betul di tunjukkan Allah akan kuasa Nya. Kepala saya masih pening seperti dan seperti diikat ketat dikepala tu masih ada. Tapi dalam doa saya lepas saya sedekahkan tu saya minta 1 je. Betul-betul SATU je yang saya minta. 

Ya Allah angkatlah sakit kepala seperti diikat dikepala ku ini. Aku rindu beribadat padamu dalam kecergasan ya Allah. 

Lepas doa saya tidur sekejap sebab pagi saya nak drive jauh. Bila saya bangun pagi sahabat-sahabat semua sakit tu HILANG. Hilang. Hilang. Hilang. Saya tak tahu mcm mana. Saya tak tahu. MasyaAllah ketika saya menulis ni saya menangis kawan-kawan. 

Bila terkenangkan kehebatan Allah. Dia bagi bila kita bersungguh doa. Cubalah doa selepas sedekah pada waktu subuh. Saya dah jumpa. Saya dah rasa. Ingat! Penyakit mcm kita ni hanyalah tanda Allah sayangkan kita. Dia nak kita kembali rapat pada Dia. 

Jika yang dah memang rapat dengan Allah perbaiki lah di mana-mana. Mungkin ada di mana-mana yang kita kurang dan Allah nak kan kita perbaikinya. Selepas keajaiban tu kawan-kawan saya makin hari makin sihat. Boleh gelak besar dengan isteri, bergurau dengan anak isteri, boleh beriadah main badminton dengan isteri dan adik beradik. Boleh senyum lebar depan mak ayah. 

Cuma pening-pening sikit tu adalah tapi tak seteruk dulu. Pening yang saya masih boleh tahan dan kadang-kadang tak rasa pon. Tapi makin saya perbaiki hubungan saya dengan Allah dia semakin hilang. Sakit kepala hilang, debar didada berkurang banyak, anxiety terus hilang, gerd berkurang (makan jangan lantak sangat) boleh makan makanan yang dulu tak boleh makan tapi jangan melampau sampai 2-3 pinggan. 

Betul-betul sebelum nak kenyang betul berhenti. Ni kalau dah betul-betul sembuh ye. Kawan-kawan semua cubalah apa saya buat tu ye. In sya Allah tuan-tuan dan puan-puan akan jumpa kuasa Allah. Saya doakan semua sahabat saya di sini akan peroleh kesembuhan dan kecergasan seperti sedia kala. Amiiin ya Rahiimm wa ya Rahmaan. 

Kalau ada yang saya terkurang sampaikan atau terlebih maafkan saya ye. Penulisan di sini terbatas berbanding percakapan. Ingat pesan Ustaz Ebit, Allah uji kita tanda Allah sayang. Orang lain tak dapat special treatment macam kita. Bersyukurlah. Allah uji kita je. So be happy sahabat-sahabat semua. Cuba taw cara saya tu. Bukan cara saya pon, Allah yang bagi. Saya yakin kawan-kawan semua mesti boleh. Sayang semua. Assalamualaikum.

COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Korang ada pengalaman tak? Jom share sini, bantu orang lain supaya lebih yakin dan bersemangat untuk sembuh.

    nak share cerita boleh komen dibawah

    BalasPadam

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Kisah Cikgu Sekolah Pulih Daripada Ujian Gastrik & Anxiety Teruk
Kisah Cikgu Sekolah Pulih Daripada Ujian Gastrik & Anxiety Teruk
Kisah seorang guru sekolah yang pulih daripada gastrik & anxiety. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada pesakit gastrik.
https://1.bp.blogspot.com/-vfnWy22AroU/YSuBr_sSqZI/AAAAAAABauo/93l-yNxWazkzV9VSvOy35UWTNt9LkloKACLcBGAsYHQ/s320/Kisah%2BInspirasi%2BCikgu%2BSekolah%2BSembuh%2BDaripada%2BAnxiety%2B%2526%2BGastrik.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-vfnWy22AroU/YSuBr_sSqZI/AAAAAAABauo/93l-yNxWazkzV9VSvOy35UWTNt9LkloKACLcBGAsYHQ/s72-c/Kisah%2BInspirasi%2BCikgu%2BSekolah%2BSembuh%2BDaripada%2BAnxiety%2B%2526%2BGastrik.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2021/08/kisah-cikgu-sekolah-pulih-daripada.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2021/08/kisah-cikgu-sekolah-pulih-daripada.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content