Sakit Gastrik Ketika Berpuasa? Jom ikuti 7 tips berpuasa untuk orang gastrik & gerd
Kalau masuk sahaja bulan ramadan atau bulan puasa, ramai yang ponteng puasa terutamanya bagi pesakit gerd & gastrik, dengan alasannya ialah ada gastrik, perlu buka puasa untuk elak jadi lebih teruk.
Sampai bila kita nak beralasan begini? adakah kita sudah ambil lain-lain ikhtiar supaya dapat juga berpuasa walaupun ada gastrik atu gerd?
Sebelum ini saya ada berkongsi satu artikel Gastrik Sembuh Dengan Berpuasa, anda sudah baca?
Dalam artikel kali ini pula, saya ingin berkongsi sedikit panduan daripada komuniti Gastrik & Gerd untuk berpuasa bagi orang yang terkena Gastrik atau Gerd:
1. Sahur di hujung waktu
2. Jangan minum terlalu banyak air
3. Makan makanan yang memberikan rasa kenyang yang lama sikit macam nasi
4. Jangan tidur selepas sahur
5. Sebelum berbuka kalau rasa perut berangin cuba urut perlahan lahan perut tu
6. Berbuka dengan yang ringan dulu selepas solat maghrib baru makan nasi
7. Tidur awal sebelum pukul 11
Ada beberapa feedback daripada komuniti pesakit gastrik & gerd sendiri, katanya semasa berpuasa perut dia lagi ok daripada tak berpuasa. Dalam artikal yang saya kongsikan Gerd Sembuh Dengan Puasa, betul kah? petikan daripada Dr. Elias Darido katanya, berpuasa hanya boleh sembuh bagi pesakit gerd pada tahap 1&2 sahaja. Tahap 3&4 berpuasa tidak membantu.
Apapun 7 Tips berpuasa untuk pesakit gastrik ini, anda perlu cuba sendiri, jika anda punya cara tersendiri untuk menghindari sakit ketika berpuasa, jom share kat sini, supaya dapat bantu juga yang lain.
COMMENTS