Apa Itu Gastrik Reflux (Gerd) & Cara Rawatannya

SHARE:

Jom Baca Artikal Apa Itu Gastrik Reflux & Cara Rawatanya. Apa beza dengan gastrik biasa?

Assalamualaikum, Selamat Datang Ke Blog Ubat Gastrik Farmasi

Ramai duk tanya saya apa itu gastrik reflux? dan apa beza dengan gastrik yang lainnya?

Dalam artikal pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang Gastrik Reflux/ Gastrik Gerd/ Gastrik Angin

Apa Itu Gastrik Reflux / Gastrik Gerd / Gastrik Angin

Gastrik Reflux ini, boleh dikatakan sebagai gastrik stage/tahap 1, kerana ianya bukan gastrik ditahap teruk lagi. Jika anda biarkan, lama kelamaan akan jadi lebih teruk, dan bermulalah kisah anda dengan gastrik.

Gastrik Jenis ini dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease atau dalam singkatannya GERD. Kalau dalam istilah melayu gerd ini dikenali sebagai pedih ulu hati. Gerd ini terjadi disebabkan saluran esofugos anda tidak tertutup kembali menyebabkan asid perut keluar ke saluran esophagus dan anda akan rasa sakit dan pedih seperti dada terbakar. Sakit kan? tapi gastrik lebih sakit dan terseksa.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana gastrik Gerd/ reflux berlaku memasuki saluran esofagus.
Gambar dibawah menunjukkan bagaimana gastrik Gerd/ reflux berlaku memasuki saluran esofagus.

Kesan-Kesan Refluk Asid  / Gastrik Gerd

Kesakitan akibat Asid refluks boleh bermula dari bahagian perut yang sangat rendah sehingga ke dada . Kesakitannya akan dirasakan merebak sehingga anda tidak tahu dari mana titik puncanya. Selain dari perut dan dada , sisi perut anda berasa seperti kekejangan . sakit di bahagian atas  belakang dan leher pula digambarkan   seperti anda sedang ditikam di dada dan tembus ke belakang badan dan belikat. 

ada kalanya sesakitan ini tidak dijangkakan berkaitan dengan asid refluks kerana ia hanya akan terjadi dalam jangka masa yg agak lama setelah anda menghadapi masalah asid refluks.


Refluks Senyap (silent reflux)

Selain berpotensi merosakkan esofagus di bahagian yang lebih rendah, (berdekatan dengan perut) pedih ulu hati yang kerap  juga boleh merosakkan tekak atas . Ini boleh berlaku jika asid perut yang naik  sehingga ke belakang tekak atau saluran udara hidung . Keadaan ini sering dirujuk sebagai refluks laryngopharyngeal ( LPR ) .

LPR juga kadang-kadang dipanggil " reflux senyap , " kerana ia adalah gejala yang tidak mudah di kesan. Adalah penting untuk individu yang mempunyai GERD  diperiksa bagi mengesan LPR. Gejala LPR termasuk yang berikut :

  • serak
  • perasaan ada ketulan dalam tekak
  • batuk kronik atau batuk yang membangunkan anda dari tidur
  • tercekik 
  • masalah pernafasan
  • terasa sesuatu rasa yang pelik dalam tekak
  • hingus meleleh
  • masalah suara ( terutamanya penyanyi profesional)

Penyebab Terjadinya Gerd

Obesiti boleh dikaitkan dengan GERD. Faktor-faktor risiko yang lain untuk GERD termasuk kehamilan, merokok dan Hernia hiatal (unjuran perut ke dalam rongga dada yang disebabkan oleh kecacatan dalam diafragma , yang biasanya memisahkan dada dari abdomen ). 

Menurut beberapa kajian dan kaji selidik, anxiety dan kemurungan juga boleh menjadi satu lagi pencetus untuk pedih ulu hati .

Gejala GERD berbeza-beza dari seorang ke seorang

Tanda-tanda dan gejala GERD termasuklah:

  • Rasa terbakar di dada ( pedih ulu hati ) ,mencucuk di dada (semasa menarik nafas) kadang-kadang merebak ke tekak , bersama-sama dengan rasa masam dalam mulut 

  • Jika anda mengalami pedih ulu hati yang kerap atau lama ( dua kali seminggu secara tetap ) , berjumpalah dengan doktor anda.

  • Kesukaran menelan (dysphagia)

  • Batuk kering yang kronik , terutama pada waktu malam. GERD adalah penyebab biasa batuk yang tidak dapat dijelaskan . Ia tidak jelas bagaimana batuk disebabkan atau diburukkan oleh GERD .

  • Serak atau sakit tekak

  • loya

  • Memuntahkan makanan atau cecair masam ( refluks asid )

  • Sensasi ketulan di tekak anda

  • Asma - Asid direflukskan boleh memburukkan asma dengan mengganggu saluran pernafasan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat asma boleh membuat GERD lebih teruk.

  • Peningkatan air liur secara tiba-tiba.

  • Nafas berbau.

Mengapa Terjadinya Asid Refluks atau Gastrik Gerd

Perut mempunyai dua injap , sfinkter yang lebih rendah esophageal dalam bahasa ingeris Lower esohagus sphinter ( LES) ( di bahagian atas perut ) dan sfinkter pyloric ( di bahagian bawah perut ).

LES direka untuk membuka kedua-dua hala, dan berfungsi untuk menghalang makanan naik balik ke atas setelah masuk ke perut. Apabila tekanan (penghasilan gas) yang berlebihan terkumpul di perut, di sebabkan ketidakhadaman makanan akibat kurangnya pengeluaran asid serta pH asid yang tidak optimum (antara ph 1.5 ke 3) iaitu lebih daripada 3, LES ini tidak akan tertutup dan menyebabkan GERD.

Pembukaan LES membolehkan pelepasan tekanan (asid perut dan makanan separuh hadam ) ke dalam esofagus dan itulah yang biasanya membawa kepada gejala pedih ulu hati dan refluks asid. Asid yang naik ini tidak sekuat asid semasa LES tertutup.

Walaupun perut anda tidak menghasilkan asid yang cukup, apa-apa jumlah asid pergi ke dalam esofagus akan mengakibatkan gejala tidak selesa kerana esofagus tidak direka bentuk untuk mengendalikan asid perut . Pembukaan kerap LES ke arah esofagus akan menyumbang kepada injap lemah yang menggabungkan masalah itu.

Apabila bacaan asid dalam perut anda lebih dari 3ph iaitu kurang daripada asid optimum perut diperlukan antara 1ph-3ph dipanggil sebagai low stomac acid atau dalam bahasa perubatannya ialah hypochlorhydria.

Kekurangan asid dalam perut ini mengakibatkan banyak enzime-enzime lain tidak dapat diaktifkan kerana signal tidak dapat dari signal asid untuk mengaktifkan. Maka terjadilah masalah-masalah lain seperti makanan tidak dihadam dengan baik, kekurangan zat makanan, dan mula dapat sakit lain seperti anxiety.

Bakteria jahat juga mula membiak dalam perut akibat daripada asid perut yang rendah dan bateria tersebut cuba menghadam makanan dalam perut yang tidak dapat dihadam menyebabkan gas dan lain-lain masalah yang timbul.

Asid Banyak Pun Boleh Berlaku Gerd?

Gerd ini, boleh juga berlaku apabila keadaan asid perut banyak. Ketika asid perut lemah kita dah faham, saluran esofagus tidak mendapat signal daripada asid perut untuk tutup salurannya. Tetapi bagaimana pula gerd boleh terjadi ketika asid perut tinggi?

Hal ini terjadi adalah akibat gastrik ulser atau keradangan dalam perut. Apabila berlaku keradangan dan pembekakan dalam perut, iainya menekan dan memaksa LES terbuka akibat daripada tekanan keradangan perut.

Gerd ini kerap berlaku di kalangan individu. dan kebanyakannya kalau berlaku pun hanya sekali sahaja, dan itupun jarang-jarang berlaku. Kadang-kadang 2 bulan sekali, setahun sekali. Jenis gerd ini tidak mengapa dan tidak merbahaya.

Tapi awas, anda perlu berhati-hati jikalau gerd ini kerap berlaku. Kemungkinan besar anda boleh terkena gastrik dan lebih parah kalau tak rawat awal-awal boleh terkena ulser dan menyebabkan kanser berlaku. Ish dahsyat kan?

Apapun, Gerd ini anda boleh mencegahnya dari awal sebelum parah.. Saya telah menulis satu artikal khas berkenaan Pedih Ulu Hati atau Gerd ini.

Jangan lupa, terus pergi jumpa doktor untuk mengesahkan gastrik anda.

12 Cara Rawatan Gastrik Reflux atau Gastrik Gerd?

Seperti biasanya, kalau kita dengar nasihat bagaimana nak rawat dan cegah, rata-rata pengamal perubatan dan doktor memberi tahu jaga permakanan. Kalau teruk, Menurut portal my health Ubat hospital hanya membantu sementara sahaja, kerana bersifat bertahan.

Ini beberapa ringkasan cara mencegahnya menurut portal my health:
  1. Mengamalkan cara hidup sihat
  2. Menukar tabiat pemakanan anda
  3. Berhenti merokok jika merokok
  4. Ambil Metaclopramide ketika perut kosong untuk meneuteral asid perut
  5. Buat Pembedahan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid
  6. Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan
  7. Proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan
  8. Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda
    • Elakkan makanan pedas 
    • Elakkan berempah terutamanya kari
    • Elakkan minuman berkarbonat
    • Elakkan makanan yang diawet.
  9. Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  10. Amalkan jumlah makanan yang sedikit
  11. Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan
  12. Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa

Rawatan Alternatif Gastrik Reflux

Saya cadangkan kepada anda untuk ambil rawatan alternatif untuk sembuhkan gastrik reflux. Antaranya anda boleh mencuba spirulina, Prebiotik, Probiotik & Yogurt. Gabungkan sekali dan amalkannya setiap pagi sebelum sarapan. Kandungan ini juga saranan daripada WHO untuk rawatan gastrik

Untuk info lanjut anda boleh lihat disini 👉 Ubat Gastrik Duomix

COMMENTS

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Apa Itu Gastrik Reflux (Gerd) & Cara Rawatannya
Apa Itu Gastrik Reflux (Gerd) & Cara Rawatannya
Jom Baca Artikal Apa Itu Gastrik Reflux & Cara Rawatanya. Apa beza dengan gastrik biasa?
https://1.bp.blogspot.com/-KCTTkbJLb8o/XyhCte6a_cI/AAAAAAAAy2o/n_0gXT4N1JIdTPRtdLvPQd8nTQm8x7WfwCPcBGAYYCw/w640-h375/asid%2Bperut.webp
https://1.bp.blogspot.com/-KCTTkbJLb8o/XyhCte6a_cI/AAAAAAAAy2o/n_0gXT4N1JIdTPRtdLvPQd8nTQm8x7WfwCPcBGAYYCw/s72-w640-c-h375/asid%2Bperut.webp
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/08/apa-itu-gastrik-reflux-cara-rawatanya.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/08/apa-itu-gastrik-reflux-cara-rawatanya.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content