Mengalami Stress Boleh Menyebabkan Anda Terkena Sakit Gastrik

SHARE:

Stress kalau tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya gastrik kerana sistem imum badan anda semakin melemah akibat stress

Stress adalah peransang yang paling utama dalam komunikasi antara otak dan perut. Sebab itu, jika anda sering menglami stress boleh menyebabkan sakit gastrik.

Stress boleh menyebabkan gastrik


Tahukah anda, sistem saraf manusia semua saling berhubungan, ianya bermula daripada deria kemudian otak dan saraf-saraf lain untuk bertindak balas. Seperti contoh, anda sedang mencium bau, kemudian saraf membawa ke otak, untuk memproses bau macam mana, kemudian akal akan memproses, itu adalah bau sampah atau sisa buangan atau bangkai.

Begitu juga dengan situasi perut bila anda sedang marah atau stress.

Bila otak rasa ada masalah besar sedang berlaku macam tekanan atau kita tengah marah, ia akan cuba menyelesaikannnya secara semula jadi dan ia perlukan tenaga untuk buat kerja tu. Tenaga tersebut dipinjam daripada perut.

Perut pun akan dimaklumkan oleh saraf yang otak tengah ada emergency. Perut di beri arahan untuk membantu meminjam tenaga kepada otak untuk jangka waktu pendek. Maka dengan baik hati perut pun bagila pinjam sedikit tenaga yang patut dia gunakan untuk penghadaman, terpaksa kurangkan pengeluaran mukus serta bekalan darah. Baik tak perut.???

Tetapi arrangement ni tidak boleh lama-lama. Bila otak asik pikir dia ada emergency sahaja naik lemak la dia. Bila ni dah terjadi perut akan mula keluarkan signal pada otak yg dia tak mau lagi dipergunakan.

Ransangan negatif ni akan menyebabkan keletihan yg melampau ( chronic fatique) hilang selera makan, juga cirit birit. Maka muntah muntah pun boleh terjadi di sbbkan masalah emosi ini.

Ini terjadi sbb perut terpaksa keluarkan separuh makanan yg dah di makan untuk menjimatkan tenaga supaya dpt di gunakan oleh otak.

Bila keadaan ini berterusan maka kesihatan perut akan terjejas. Bekalan darah yg berkurangan dan lapisan mukus yg menipis akan melemahkan dinding perut.

Maka itulah kejadian radang serta ulser dlm perut korang tu yg di sbbkan oleh stress.

Sistem Imun Boleh Melemah Disebabkan Stress

Keupayaan sistem imun anda boleh menurun melalui stress (termasuk tekanan psikologi ) , dan membuatkan seseorang mudah terdedah kepada penyakit . Adalah penting untuk kekal tenang dalam semua keadaan, dan mencari jalan untuk menguruskan isu-isu yang menyebabkan anda tertekan. 

Jika anda mendapati diri anda dalam keadaan tertekan , mungkin anda perlu duduk, berehat dan membuat keputusan " Adakah ini benar-benar penting ? " ,"Adakah ia berbaloi jika ia memusnahkan sistem imun saya  ? " Jika jawapannya adalah " tidak", anda perlu mengeluarkan diri anda daripada situasi itu.

Hasilnya : sistem imun anda akan menjadi lebih kuat untuk menyokong badan anda semasa tekanan atau stress yang perlu anda hadapi datang kemudian nanti.

Macam Mana Nak Elak Stress Gastrik?

Pelbagai cara untuk elak stress, kawal stress juga sangat bagus untuk kesihatan proses penyembuhan dari gastrik lebih cepat berbanding mereka yang selalu mengalami stress. Antara cara nak elak stress ialah:-

1. Selalu Gelak/Ketawa

Gelak atau ketawa disini, bukan saja-saja gelak tanpa ada perkara yang seronok dan lucu. Kalau gelak tanpa sebab anda boleh dipanggil tidak siuman pula. Gelak/ketawa disini perkara paling mudah ialah, menonton cerita lucu.


Ataupun, ketika bersama dengan kawan-kawan, anak saudara, adik beradik bergurau senda, atau main permainan yang menyeronokan. seperti bowling, mandi manda di waterpark dan sebagainya.

2. Selalu Ingat Allah

Sebagai orang islam, dalam islam mewajibkan setiap perbuatannya adalah kerana Allah, bekerja, bermain, berkahwin, makan, minum dan sebagainya adalah kerana Allah.

Apabila setiap perbuatan ingat Allah, anda akan kurang stress, kerana apa? sebagai contoh, berlaku sesuatu masalah sebagai usahawan, jualan jatuh atau rugi, bila ingat Allah stress akan kurang, sebab dalam hati kita akan cakap:-

  • ini ujian Allah, kat depan lagi Allah nak bagi lebih baik, daripada ini.
  • Allah buat aku rugi awal-awal ni supaya beringat, kat depan hari bila jualan tinggi nanti tak rugi kesilapan kecil yang aku buat ni.
  • Ada hikmah yang aku tak nampak.
Dan stress anda akan hilang dan gerak laku anda lebih tersusun dan kemas.

3. Beriadah

Beriadah juga penting untuk merehatkan minda. Jika sehari suntuk anda bekerja, berfikir tanpa merehatkan minda. Akan berlaku stress, tunggu masa je akan akan melenting marah, tertamanya anak dan isteri kat rumah akan jadi mangsa kemarahan anda.

Sekali sekala, beriadah lah kat luar, ajak anak isteri bersama-sama beriadah kat luar untuk melihat keindahan alam. Lepak dengan anak isteri sambil menghirup air dan udara segar kat luar. Sekali sekala belanja mereka makan, makanan yang sedikit istimewa.

Bagi yang belum berkahwin, ajak kawan-kawan main sukan, atau memancing atau beriadah kat luar untuk hilangkan stress.

4. Baca Quran & Solat Jangan Tinggal

Untuk orang islam, dan bukan islam. Amalan agama janganlah tinggal kerana dengan amalan agama inilah yang menjadikan pendoman untuk anda sentiasa kuat dan kehidupan. Di negara maju sudah berapa ramai yang mati bunuh diri akibat stress yang melampau. Jadi amalan agama jangan tinggal ye.

Banyak lagi, amalan untuk mengurangkan stress. Jika anda lakukan ini, sudah cukup untuk menghilangkan stress dalam hidup anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, stress ini boleh menyebabkan berlakunya gastrik kerana sistem badan anda melemah akibat berlakunya stress. Kawal perasaan anda, dan amalkan cara untuk mengelak berlakunya stress. Dengan tiadanya stress, gastrik sukar untuk datang dan dengan tiadanya stress gastrik akan cepat sembuh.

COMMENTS

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Mengalami Stress Boleh Menyebabkan Anda Terkena Sakit Gastrik
Mengalami Stress Boleh Menyebabkan Anda Terkena Sakit Gastrik
Stress kalau tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya gastrik kerana sistem imum badan anda semakin melemah akibat stress
https://1.bp.blogspot.com/-z4tMVVrYkYg/X2NOxqMLZXI/AAAAAAAA3go/_Ma_TzOwgsssoMj_kVxNttmLwH5PoV0KQCLcBGAsYHQ/w487-h366/stress%2Bboleh%2Bmenyebabkan%2Bsakit%2Bgastrik.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-z4tMVVrYkYg/X2NOxqMLZXI/AAAAAAAA3go/_Ma_TzOwgsssoMj_kVxNttmLwH5PoV0KQCLcBGAsYHQ/s72-w487-c-h366/stress%2Bboleh%2Bmenyebabkan%2Bsakit%2Bgastrik.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/09/mengalami-stress-boleh-menyebabkan-anda.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/09/mengalami-stress-boleh-menyebabkan-anda.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content