Ingatkan Nak Mati, Rupanya Terkena Panic Attack/Anxiety - Antara Kisah-Kisah Terkena Panic Attack

SHARE:

Terkena panic attack atau anxiety disebabkan oleh gastrik. Nafas akan jadi sesak dan fikir bukan-bukan. Jom ikuti kisah sebenar disini.

Panic attack atau anxiety sering berlaku kepada orang yang terkena gastrik. Jom baca cerita dibawah bagaimana brother ni sembuh daripada anxiety atau panic attack. Dan beberapa pengalaman lain.



Aku terkena serangan awal panic attack pada bulan april 2017. Aku terkena jam lebih kurang pukul 2.30 pagi. 

Aku masuk bilik air tiba-tiba otak aku fikir benda yang tak patut aku fikir. Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku fikir nak mati je masa terkena serangan panic attack. Tiba-tiba, tak aampai 10 minit tengah fikir bukan-bukan dada mula terasa laju, nafas tersekat dan tangan kaki rasa berpeluh.

Aku tak boleh duduk diam, kehulur dan ke hilir seperti orang gila untuk cuba bertenang. Nak bernafas makin lama makin susah, berpeluh pucat habis muka. Kepala aku melayang seperti pening dan nafas semakin lama semakin susah nak bernafas.

Ketuk pintu bilik adik aku suruh hantar hospital KPJ. Masa kat hospital aku test darah dan sebagainya semua ok, tiada masalah kesihatan. Oksigen dalam badan semua cukup tiada masalah.

Doktor bagi ubat gastrik dan suruh makan Gaviscon. Selepas itu aku injection kemudian doktor suruh aku balik. Aku pelik Apahal aku tak boleh bernafas bagai nak putus nyawa. Doktor bagi ubat gastrik dan suruh balik macam tu je.

Aku tengah lemau masa tu tak cakap banyak pun. Iya kan saja, apa doktor cakap. Bermulalah episod Anxiety Aku. Lepas serangan panic kali pertama tu tiap hari fikir bukan-bukan sampai otak penat. Tak boleh tidur sampai ke subuh, asyik duk fikir je. 

Seminggu lepas uu aku kene panic attack lagi. Sama juga kejadian pertama kali. Family bawa aku pergi kecemasa di HKL. Kali ini doktor tahan aku masuk wad 3 hari di Hospital Kuala Lumpur. Masa tahan wad tu, test apa semua ok sahaja. 

Lepas keluar HKL tu memang kerap la aku ke emergency terkena panic attack. Memang ngeri masa kena, tempat yang aku rasa selamat hospital denagn rumah aku je. Kat rumah pun kadang rase tak selamat kalau duduk sorang-sorang. Sekelip mata hidup ni berubah dan jiwa rasa tak tenang, otak tidak berhenti fikir. Penat otak nih.....

Rupa dah tak rupa orang dah malam tak boleh tidur, siang tidur kejap-kejap je. Perut pun dah mula kacau sendawa tak berhenti...Badan habis sakit-sakit dan perut pedih macam kena hiris. Kepala Melayang-layang, Macam-macam Symptom Gerd aku hadap masa tu. Aku pun tak tahu apa itu gerd. 6 bulan sengsara. Manfaatkan lah apa yang ada dalam group ni.....Insyallah Korang Akan Sembuh. Percuma sahaja Ilmu-ilmu dan Info dikongsikan. Hanya perlu komitmen anda untuk sembuh. - Kisah Daripada Facebook Acit Bin Cik Din


Kisah Daripada Facebook Nornikman Razali

saya kena masa awal bulan 10 tahun 2016 tengah sembahyang jumaat. Betul-betul masa tengah rakaat kedua jadi sesak nafas. ingat rasa macam nak arwah dah masa tu.teruskan sampai habis sembahyang.

Blik rmh jadi lagi ingat nak ke hospital tapi masih bertahan..2 hari lepas tu gi klink swasta check semua darah, ecg, urin, result ok doktor cakap.

Lepas tu mula la episod sakit yang 'pelik' ni. Pergi kerja separuh hari jer rasa macam nak tumbang sesak nafas. Setiap bulan sakit tempat lain-lain. Badan rasa lemah tak larat. Semua simptom pernah rasa 2 bulan juga la tak boleh drive jauh. Paling jauh boleh pergi 30mnit jer. 

Tiap-tiap bulan pergi jumpa doktor kerajaan bagi ubat gastrik je. simptom tak hilang juga minta buat skop dapat detect chronic grastic. Sekarang banyak simptom dah tak ada. Sekarang better lebih baik dari dulu, berat pun dah naik. Kadang-kadang tu ada kena juga kalau silap makan.

Jadi sahabat-sahabat kuatkan semangat pasti ada jalan penyelesaianya.🤲


Kisah Daripada Facebook Ng

Saya dah kena serangan panik macam ini banyak tahun, yang penting kena check jantung dan paru-paru, kalau normal, i think jangan risau sangat, sampai sekarang saya dah biasa dah, cuba minum air suam perlahan-lahan, duduk dan tarik nafas dengan panjang sikit, tarik nafas 5 saat, hold 5 saat dan hembus perlahan-lahan.

ambil Gaviscon jika rasa perut cramp, itu je cara yang paling ekonomi, sebab setiap kali masuk kecemasan pada tengah malam caj mahal gila😅


Kisah Daripada Facebook Lhkz Huaa Lim

Saya mula kena tahun lepas pun betul-betul sama degan yang anda rasakan ni, betul-betul siksa saat tu ulang alik jumpa dokter cek habis pun tak ada penyakit yang serius doktor cakap gastrik je. 

Peliknya kenapa sakit macam ni rasa macam nak mati je rasanya, pening, sesak nafas, seram sejuk, peluh dingin, kebas semua satu badan, kaki tangan sejuk pokoknya seluruh badan terasalah. Berapa lama saya tak dapat tidur sampai doktor bagi saya makan ubat tidur. Fikiran masa itu asyik aktif terus 24 jam fikit yang bukan-bukan je aduh pelik sungguh sakit macam kita ni.


Kisah Daripada Facebook Waniera Waniera

Lawan perasaan tu, biar kita control dia. Jangan bagi dia control kita. Sentiasa fikir positif. Semua orang akan mati bila sampai masa. Tak semestinya sakit, tengah sihat-sihat pun boleh mati bila tiba masanya. 

Aku pernah alami situasi camni. Terjaga pukul 3,4 pagi. Dada dengan tetiba berdebar, nafas jadi singkat, berpeluh. Masa tu macam-macam yang bermain di fikiran aku. Masa tu juga la aku akan tatap wajah anak bini aku yang sedang tido. 

Kehulu-kehilir serba tak kena pada masa tu.. Nak muntah tapi yang keluar hanya angin bercampur lendir. Biasanya bila kena macam ni, aku akan minum air suam. Pastu aku cuba tenangkn diri. Ada juga sampai satu tahap aku takut nak duduk bersendirian kat rumah sendiri, walaupn disiang hari. Sebab aku fikir jika aku sesak nafas tiba-tiba, tak ada orang tahu dan tak ada sesiapa boleh tolong.

Satu lagi bila dengar berita kematian dikalangan penduduk kampung atau sahabat handai. Mesti aku nk tahu punca kematiannya. Jika punca kematian sebab kemalangan atau sakit lain aku rasa lega. Tapi jika punca kematian tu disebabkan sakit jantung, memang akan datang panik attact tu kat aku.. 

Sebab apa? Sebab aku takut apa yang aku alami tu berkaitan jantung.. Banyak bulan juga la aku dipermainkn oleh perasaan yang membuatkn aku rasa macam orang bodoh. Takut dengan perasaan sendiri. Aku mula fikir sampai bila aku harus layan perasaan bodoh macam tu. Sejak dari haritu, aku nekad. Nekad nak lawan perasaan tu.. Alhamdulillah. Sekarang perasaan bodoh tak bertempat tu dah semakin hilang.. Sekarang aku fikir satu je.. Mati tetap akn mati bila dah sampai masanya. Walau ditempat yang ramai orang yang boleh memberi pertolongan. Tapo ok juga sesiapa yang alami penyakit gerd ni.. Sekurang-kurangnya kita semua ingat akan kematian.


Kisah Daripada Facebook Syahriel Norhan

Kali pertama aku kena panic attack dekat kawasan perkuburan disaat orang tengah baca talkin ngam dengan ayatnya "setiap yang hidup pasti akan merasai mati" terus terfikir jap lagi diorang tanam aku pulak.

COMMENTS

BLOGGER: 5
  1. Sy dh 4 hari kena panick attack kne serang dgn bende ni.x de bend lain dlm otak asik fkir aku nk mati dh ke..nk mati dh ke? tiba2 aku mngis sgt2 bila tgok anak2 aku..rse nk meraung.sakit seluruh badan aku..da pegi pun hospital.ecg ok..punca aku kne balik ni aku sakit dada..tulang dada.aku luah kan semua pd suami aku adik2 aku..deorg ckp aku terlalu memikirkan sgt n fkiran aku mmg jauh sgt2.Aku takut yg terlampau..aku takut aku jdi gila d sbb kn penyakit ni.Humm Aku byk kn dgr zkir penenang hati..Alhamdulillah kurg sikit perasan aku yg kacau ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kesembuhan pada Puan.

      Padam
  2. Sy baru mengalami bulan yyg lepas sebab makan bubur durian ..Sy baru 5 hari lepas vaksin ke 2..lepas makanmakan bubur tu sy rasa lain dlm badan macam sesak nafas lepas tu sy mintak mak sy urutkan belakang dlm urut tu tiba2 nyawa rasa up d atas terus dada berdebar terus ke hospital sy dgn rasa takut nya sy cek ecg ,ambil darah tambah airair doktor kata sy ok ..Tapi dlm pikirkan sy mcm2 dah sampai ke vaksin sy tanyakan adakah kesannya bila .Sy mkn bubur durian sebab org bercakap pasal durian lepas vaksin tak boleh mkan sampai la sekarang sy takut dgn durian .. Bila panik tu dtg sy rasa lain dah. .Mcm dlm fikiran sy tengok muka anak lagi lah buat sy sedih nangis ...sy cuba tenangkan diri dgn zikir ikhtiar redha. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, terkena anxiety perkara pertama elakkan fikir macam-macam banyakkan tenang diri, zikir dan sebagainya untuk elak fikir macam-macam. semakin difikir semakin bertambah teruk anxiety. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Tuan/Cik

      Padam
    2. bagaimana keadaan encik sekarang ye.
      saya pun situasi sama macam encik. saya makan durian juga lepas vaksin bulan 8 tahun 2021.
      kemudian kena panik disertai gastrik dan anxiety.
      encik ada beransur sembuh?

      Padam

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Ingatkan Nak Mati, Rupanya Terkena Panic Attack/Anxiety - Antara Kisah-Kisah Terkena Panic Attack
Ingatkan Nak Mati, Rupanya Terkena Panic Attack/Anxiety - Antara Kisah-Kisah Terkena Panic Attack
Terkena panic attack atau anxiety disebabkan oleh gastrik. Nafas akan jadi sesak dan fikir bukan-bukan. Jom ikuti kisah sebenar disini.
https://1.bp.blogspot.com/-stojb2aDxcc/X3ifaly1nkI/AAAAAAAA5yk/xADsz8EVs8k5AgJBdioIUb8xEuf9NIafgCLcBGAsYHQ/s320/ingatkan%2Bnak%2Bmati%252C%2Brupanya%2Bterkena%2Bpanic%2Battack.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-stojb2aDxcc/X3ifaly1nkI/AAAAAAAA5yk/xADsz8EVs8k5AgJBdioIUb8xEuf9NIafgCLcBGAsYHQ/s72-c/ingatkan%2Bnak%2Bmati%252C%2Brupanya%2Bterkena%2Bpanic%2Battack.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/10/ingatkan-nak-mati-rupanya-terkena-panic.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/10/ingatkan-nak-mati-rupanya-terkena-panic.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content