Cara Terbaik Kurangkan Anxiety Dengan Hasilkan 4 Hormon Kebahagiaan Ini

SHARE:

Anxiety boleh sembuh dengan anda berasa bahagia. 4 hormon kebahagiaan ini adalah cara terbaik untuk kurangkan anxiety.

Bila berlakunya anxiety akibat daripada gastrik, secara keseluruhan kehidupan individu terkena anxiety akan berubah. Daripada sifat yang ceria, berubah jadi muram, sifat yang suka bercakap-cakap akan jadi pediam, suka bersosial bertukar suka bersendirian.



Yang paling teruk, penderitaan akibat anxiety tiada siapa yang tahu, dan hanya pesakit sahaja yang tanggung penderitaan tersebut. Malah tidur malam pun tak boleh, sampai berhari-hari tidak tidur.

Dalam perkongsian kali ini, saya nak berkongsi dengan anda cara terbaik kurangkan anxiety dengan hanya hasilkan 4 Hormon Kebahagiaan ini sahaja. Sangat mudah nak hasilkan 4 hormon kebahagiaan.

Terdapat empat hormon yang menentukan kebahagiaan manusia:

  1. Endorfin,
  2. Dopamine
  3. Serotonin
  4. Oxytocin

Adalah penting kita memahami hormon-hormon ini, kerana kita memerlukan keempat-empatnya untuk kekal bahagia.

Pertama adalah hormon Endorfin.

Apabila kita bersenam, badan melepaskan Endorfin. Hormon ini membantu tubuh menghadapi kesakitan dan membuat kita gembira. 

Ketawa adalah satu cara yang baik untuk menjana Endorfin. Menghabiskan 30 minit bersenam setiap hari, dan boleh juga membaca atau menonton sesuatu lucu untuk mendapatkan dos harian Endorfin.

Baca ini: Ketawa Itu Penawar Untuk Gastrik Betulkah?

Kedua ialah Hormon Dopamine.


Dalam perjalanan hidup kita, banyak tugas-tugas kecil dan besar, ia mengeluarkan pelbagai peringkat Dopamine.

Apabila dihargai kerana kerja kita di pejabat atau di rumah, kita akan merasa best kerana pengeluaran Dopamine.

Ini juga menjelaskan mengapa kebanyakan suri rumah tidak berpuas hati kerana mereka jarang mendapat pengiktirafan atau dihargai atas tugasan mereka.

Ketika membeli belah juga mengeluarkan Dopamine dan penyebab kepada gembira.

Sekarang, adakah kita sedar mengapa kita menjadi gembira apabila kita membeli-belah?

Ketiga adalah Hormon Serotonin


Dikeluarkan apabila kita memberi manfaat kepada orang lain. Tidak kisah samada kepada orang lain atau kepada alam semula jadi atau kepada masyarakat, ia mengeluarkan Serotonin.

Malah, menyediakan maklumat berguna di internet seperti menulis blog maklumat, menjawab soalan orang di Facebook juga akan menjana Serotonin. Iaitu menggunakan masa berharga kita untuk membantu orang lain melalui penulisan kita.

Keempat adalah Hormon Oxytocin


Dibebaskan apabila kita dekat dengan manusia lain. Apabila kita memeluk keluarga atau rakan, Oxytocin dibebaskan.

Begitu juga, apabila kita berjabat tangan atau meletakkan tangan kita di sekeliling bahu seseorang dengan pelbagai cara Oxytocin dilepaskan.

  1. Jadi, ia adalah mudah, kita perlu bersenam setiap hari untuk mendapatkan Endorfin,
  2. Kita perlu mencapai sedikit matlamat dan mendapatkan Dopamine.
  3. Kita perlu baik kepada orang lain untuk mendapatkan Serotonin
  4. Dan akhirnya memeluk anak-anak kita, pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan Oxytocin dan kita akan gembira.

Apabila gembira, kita boleh menangani cabaran dan masalah dengan lebih baik.

Faham ye, mengapa kita perlu memeluk anak- anak walau di mana situasi pun termasuk ketika mereka mempunyai suasana yang tidak menyenangkan.

Jadi untuk membuat anak kita lebih dan lebih gembira hari demi hari;

  1. Memberi motivasi kepadanya untuk bermain di atas tanah -Endorfin
  2. Menghargai anak kita atas pencapaian besar yang kecil -Dopamine
  3. Menyemai tabiat perkongsian melalui kita kepada anak kita -Serotonin
  4. Peluk anak kita -Oxytocin

Sebelum membahagiakan oramg lain, bahagiakan diri kita dahulu.

Sentiasa zikirkan Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Salam. Memohon kasih sayang, kedamaian dan ketenangan milk Allah sentiasa tercurah kepada kita semua.

Aamiin 🤲

Wallahua'alam
Lahawlawala Quwwata Illabillah

Dr Azura,
Sebarkan bahagia.

COMMENTS

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Cara Terbaik Kurangkan Anxiety Dengan Hasilkan 4 Hormon Kebahagiaan Ini
Cara Terbaik Kurangkan Anxiety Dengan Hasilkan 4 Hormon Kebahagiaan Ini
Anxiety boleh sembuh dengan anda berasa bahagia. 4 hormon kebahagiaan ini adalah cara terbaik untuk kurangkan anxiety.
https://1.bp.blogspot.com/-abFqLXBY4is/X_cYorfkA0I/AAAAAAABDy8/SeKuxP6leCYhP2CFDFPNjzMqrWmjXXdygCLcBGAsYHQ/s320/hasilkan%2Bhormon%2Bbahagia%2Bdapat%2Bkurangkan%2Banxiety.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-abFqLXBY4is/X_cYorfkA0I/AAAAAAABDy8/SeKuxP6leCYhP2CFDFPNjzMqrWmjXXdygCLcBGAsYHQ/s72-c/hasilkan%2Bhormon%2Bbahagia%2Bdapat%2Bkurangkan%2Banxiety.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2021/01/Cara-Kurangkan-Anxiety-4-Hormon-Kebahagiaan.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2021/01/Cara-Kurangkan-Anxiety-4-Hormon-Kebahagiaan.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content