Waktu makan yang tidak teratur boleh menyebabkan berlakunya gastrik. Akibatnya perut menerima makanan tidak tepat pada waktunya
Penyakit gastrik terkena bila anda melanggar 6 pantang larang yang saya telah terbitkan beberapa hari lepas. Dalam enam pantang larang tersebut salah satunya ialah waktu makan anda tidak ikut jadual dan tidak teratur.
Dalam artikal pada kali ini, saya akan terangkan lebih terperinci bagaimana waktu makan yang tidak teratur boleh menyebabkan Gastrik & Gerd. Tentu anda tak nak terjadikan disebabkan hanya waktu tak teratur, tetiba anda disahkan ada gastrik.
Apa itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah keradangan pada mukosa dinding perut, dan ia boleh dirawat dengan efektif jika ubat di ambil dengan betul.
Masih kurang faham apa itu gastrik? Dalam beberapa siri terbitan artikal saya, saya ada menjelaskan sedikit sebanyak tentang gastrik, anda boleh baca lebih lanjut dibawah:-
Kenapa Gastrik boleh terkena, bila waktu makan tak teratur?
Gastrik terkena bila, anda tidak makan dalam satu tempoh yang lama. Kebanyakan gastrik terjadi, akibat anda tidak bersarapan pagi, kerana perut berpuasa lebih lama pada malam hari sehinggalah anda makan tengah hari keesokannya. Katakan waktu terakhir makan adalah 10 malam dan anda mula makan balik pada pukul 1 tengah hari sewaktu rehat bekerja. Perut anda berpuasa selama 15 jam.
Apabila perut anda tidak dapat makanan dalam tempoh yang lama, asid perut akan menghakis dinding perut sehingga perut menjadi pedih.
lebih parah lagi, waktu makan tidak teratur. Sebagai contoh, perut anda sentiasa menerima makanan waktu pagi jam 9 pagi. Tetiba ada hari anda tidak makan pada pukul 9 pagi, oleh disebabkan kebiasaan perut mengeluarkan asid dan memproses makanan pada waktu itu, tidak menerima makanan sehingga menghakis dinding perut anda.
Kesimpulannya, sarapan pagi dan waktu makan yang teratur adalah amat penting untuk kesihatan perut. Jika anda boleh amalkan Probiotik, Spirulina, Prebiotik dan Yogurt setiap hari lagi baik. Bahan ini mampu menyihatkan perut dan cegah gastrik serta menyembuhkan gastrik.
Untuk Info Lanjut Berkenaan Ubat Gastrik Ini boleh klik disini 👉Info Lengkap Duomix Ubat Gastrik
COMMENTS