Jom Fahami Lebih Mendalam Tentang Penyakit Gastrik, Gerd & Anxiety

SHARE:

Ramai tidak faham mengenai penyakit gastrik, gerd dan anxiety. Dalam blog ini kami akan menceritakan terperinci mengenai penyakit ini.

 Ramai yang tidak faham dan tahu lebih lanjut mengenai penyakit gastrik, gerd dan anxiety yang anda sedang hadapi. Anda bertuah kerana menemui blog ini kerana dalam blog ini nanti akan diceritakan lebih detail tentang penyakit ini. Jom bantu share dalam group atau kemana-mana untuk bantu masyarakat luar tentang kewujudan blog khas menceritakan mengenai penyakit gastrik, gerd dan anxiety ini.



Saraf Gastrik, Gerd dan Anxiety

Sistem badan manusia, atau spesifik lagi dikenali sebagai saraf semua terhubung dengan otak, kerana otak merupakan processor yang memproses segala data-data yang kita ambil daripada saraf. Seperti saraf mata, melihat, saraf telinga mendegar dan begitu juga dengan saraf perut, kenyang, sakit perut, tidak selesa kat perut akan diproses melalui saraf terus ke otak.

Saraf Vagus nerve antara saraf terpanjang yang bersambung dari otak ke perut dan ke kaki. Saraf ini berkait rapat dengan sakit seperti gastrik, gerd dan anxiety kerana ia bersambung dengan perut kita dan berkait rapat dengan mental. Sebab itu anxiety berlaku. Nanti saya jelaskan lebih terperinci, terus membaca ye.

Apa itu Gastrik, Gerd dan Anxiety?

Gastrik, gerd dan anxiety merupakan penyakit yang bergerak dalam dalam satu sistem yang sama yang berkait rapat diantara satu sama lain. Dalam erti kata lain, jika anda terkena salah satu penyakit ini, secara tidak langsung penyakit lain juga akan terkena juga.

Ada orang bermula dengan anxiety dulu, ada yang bermula dengan gerd dulu dan ada yang bermula dengan gastrik dulu, yang lain juga pasti akan menyusul. Yang paling menakutkan, adalah bermula dengan anxiety, sebab anxiety ini datang secara tiba-tiba tanpa tanda, sehingga berfikir sudah nak mati, sakit jantung dan sebagainya.


Bagi yang bermula dengan gastrik dan gerd tiada masalah, kerana kita boleh kenal sakit ini dari simtom yang kita rasa. Dibawah merupakan simtom yang saya telah senaraikan pada posting lepas, anda boleh klik link dibawah dan baca lebih lanjut.

Simtom, Gejala & Tanda-Tanda Gastrik

Gastrik merupakan radang atau ulser yang terdapat pada dinding perut anda terjadi akibat kerosakan mucosa menyebabkan hakisan pada lapisan perut dan kesannya fungsi perut serta penghadaman lemah dan tergangu.

Mucosa ini boleh rosak disebabkan, masalah penghadaman, stress, pemakanan, jangkitan, makan ubat antibiotik, makan ubat cair darah, ubat tahan sakit dan lain-lain. Mocosa yang rosak ini boleh melarat kepada ulser jika tidak dirawat dengan segera, kerana asid perut sedang mengikis perut yang  tiada pelindungan mucosa lagi.

Artikal dalam blog ini mengenai gastrik, saya sudah banyak tulis, Antara simtom, gejala dan tanda-tanda gastrik serta bacaan lebih lanjut anda boleh klik tajuk dibawah.


Keseimbangan bakteria dalam perut membantu melindungi dinding perut. Sebab itulah minuman probiotik amat penting diambil untuk membaik pulih mucosa yang telah rosak.

Simtom, Gejala & Tanda-Tanda Gerd

Gerd atau nama panjangnya Gastrosophageal reflux disease disebabkan kelemahan injap diantara perut dan saluran esophagus. Saluran esophagus ini berfungsi menyekat makanan serta asid perut naik keatas. Apabila terjadi kelemahan otot sphinter, injap saluran esophagus terbuka dan makanan serta asid perut naik keatas.

Kelemahan otot sphinter terjadi akibat asid perut yang kurang bacaan PH yang sepatutnya ph1 ke 3 untuk otot sphinter atau injap tertutup, tetapi asid perut rendah injap tidak tertutup dengan sendiri.

Selain kelemahan otot sphinter atau kurangnya asid perut, Gerd juga boleh terjadi akibat kecederaan injap, (Lower Esophagus Sphinter - LES). Disini terdapat saraf vagus nerve iaitu saraf para symphtetic yang mengawal penghadaman dan juga LES.

Berkenaan dengan gerd ini, saya sudah tulis detail di dalam artikal lepas, anda boleh klik tajuk dibawah untuk membacanya lebih lanjut serta simpom, gejala dan tanda-tanda anda terkena gerd..


Simtom, Gejala & Tanda-Tanda Anxiety

Anxiety ialah berlakunya ganguan emosi yang berpunca daripada saraf sympatic nervous system, stress berpanjangan, penyerapan nutrisi tidak sempurna serta berlaku masalah di persekitaran perut.

Majoriti yang terkena anxiety adalah akibat daripada kesan sampingan daripada masalah kesihatan berpunca daripada perut iaitu gastrik & gerd.

Anxiety normal tiada masalah, kerana berlaku akibat daripada pemicunya, seperti dalam keadaan cemas dan takut. Tapi bila bersedia daripada awal, anxiety normal ini boleh dikawal. Anxiety normal ini juga dikenali sebagai anxiety tidak berbahaya.

Anxiety yang tidak normal pula, akibat sakit gastrik, keadaan kita sentiasa takut dan cemas tanpa sebab dalam keadaan tenang pun boleh berlaku cemas sehingga difikiran macam-macam difikirkan segingga menyukarkan kehidupan harian.

Antara tanda-tanda anxiety anda boleh baca lanjut pada artikal yang saya tulis lengkap disini :-

Apakah Kaitan Gastrik Gerd & Anxiety?

Ramai yang tak faham, macam mana anxiety boleh ada kaitan dengan gastrik, macam mana gastrik dan gerd boleh ada kaitan dengan anxiety.

Seperti yang saya katakan pada perenggan kedua dalam artikal ini dibawah tajuk Saraf Gastrik, Gerd dan Anxiety, ianya berkait rapat diantara satu sama lain kerana banyak saraf yang ada dalam perut terhubung dengan otak kita.

Hormon gembira dan ceria juga 80% terhasil daripada perut berbanding otak hanya 20% sahaja. Sebab itu kalau kita sedang stress makan boleh hilangkan stress atau tekanan.

Perut Sangat Berasid

Kat badan kita, dalam perut merupakan tempat yang paling berasid, asid dalam perut berfungsi sebagai penghadaman makanan untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita diserap di perut, sebelum sisa makanan tersebut pergi ke usus kecil.

Selain itu, asid dalam perut juga dapat membantu mematikan bakteria jahat dalam perut sebelum pergi ke usus kecil. Sebab itulah, minuman probiotik dan prebiotik sangat penting untuk membantu proses penghadaman

Biasanya bacaan normal asid dalam perut adalah antara 1 ke 3 PH, iaitu sama kuat dengan air bateri yang ada pada kereta.

Mucus Lapisan Perlindungan Perut

Di dalam perut kita, satu lapisan dikenali sebagai lapisan mukus yang berfungsi untuk melindungi perut daripada hakisan asid perut. Lapisan ini boleh lemah dan rosak daripada sebab permakanan kita dan mukus ini boleh dirawat dengan probiotik dan juga prebiotik. Faktor boleh menyebabkan mukus ini lemah dan rosak, nanti saya akan ceritakan dalam bawah tajuk khas yang lebih mendalam nanti.

Bagaimana Gerd Boleh Berlaku?

Dalam artikal sebelum ini, saya sudah terangkan sejelas-jelasnya bagaimana gerd ini boleh berlaku adalah akibat daripada kelemahan asid dalam perut. Kelemahan asid perut menyebabkan signal asid yang dihantar kepada otak untuk menutup saluran esofagus tidak berlaku, dan menyebabkan makanan yang masih tidak dihadam naik balik ke saluran esofagus. Boleh baca lengkap dalam tajuk dibawah.


Adakah Saya Terkena Gastrik Gerd Dan Anxiety?

Setiap penyakit yang alami, saya sarankan anda perlu dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Walaubagaimana pun anda perlu ambil tahu simtom penyakit ini untuk memudahkan urusan anda memberitahu doktor mengesahkan penyakit yang dialami, sekaligus dapat menjimatkan masa dan wang anda.

Kesimpulannya

Ramai diantara pesakit sendiri tidak faham mengenai penyakit gastrik ini, apatah lagi orang lain yang tidak pernah merasainya. Nak fahamkan mereka apa yang kita rasa memang sukar untuk terangkan dalam 5 minit sahaja, sebab kita sendiri pun kurang faham. Jadi dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak dapat membantu untuk lebih faham mengenai gastrik.

p/s: post ini belum siap sepenuhnya dan akan dikemaskini dari masa ke semasa, berdasarkan tajuk.

COMMENTS

Supplement Khas Untuk Gastrik

Nama

Announcement,1,Cara Pantang Untuk Gastrik,3,Doa Anxiety,2,Ejen Duomix,1,FAQ Duomix,3,Gastrik Komuniti,16,info Anxiety,3,Info Gastrik,47,Info Gerd,6,Info Ubat Gastrik Duomix,16,Pengalaman Gastrik,3,Pengalaman Refluks,4,Petua Sembuh Gastrik,4,Simptom Anxiety,7,Simptom Gastrik,2,Testimoni Ubat Gastrik Duomix,8,Tips Mudah Tidur,2,
ltr
item
Ubat Gastrik Terbaik: Jom Fahami Lebih Mendalam Tentang Penyakit Gastrik, Gerd & Anxiety
Jom Fahami Lebih Mendalam Tentang Penyakit Gastrik, Gerd & Anxiety
Ramai tidak faham mengenai penyakit gastrik, gerd dan anxiety. Dalam blog ini kami akan menceritakan terperinci mengenai penyakit ini.
https://1.bp.blogspot.com/-Ba4wAhCOprs/Xx9ngqV25sI/AAAAAAAAylk/6QoSZIzFRBIpt2uRPKJU420ehWyl8gZdACPcBGAYYCw/s320/kesan-gastrik-1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-Ba4wAhCOprs/Xx9ngqV25sI/AAAAAAAAylk/6QoSZIzFRBIpt2uRPKJU420ehWyl8gZdACPcBGAYYCw/s72-c/kesan-gastrik-1.jpg
Ubat Gastrik Terbaik
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/12/faham-gastrik-gerd-anxiety.html
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/
https://www.ubatgastrikgerd.com/2020/12/faham-gastrik-gerd-anxiety.html
true
8853735671483658896
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content